Oleh: Remy Arifin
KLANG : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai kos penambahbaikan Stadium Hoki Pandamaran Klang yang dijangka mungkin melebihi RM2.5 juta.
Abdul Khalid berkata sebelum ini sebanyak RM2.5 juta dipohon oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menambahbaik stadium itu.
“Kerajaan Negeri ingin menaik taraf Stadium Hoki Pandamaran Klang dan Stadium Hoki Petaling Jaya seperti stadium hoki antarbangsa.
“Ini di sebabkan kedua-dua stadium hoki di Selangor tidak dalam keadaan memuaskan,” kata Abdul Khalid ketika Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, Stadium Hoki Pandamaran yang dibina pada 1984 hanya ditukar karpet padang hoki itu pada 1998.
“Jadi 16 tahun tidak di selenggara, dalam masa dua bulan ini proses tender akan dibuka dan penganugerahan tender ini akan dilakukan,” kata Abdul Khalid.
Dalam program yang sama Abdul Khalid turut menyerahkan peruntukan skim di bawah Kerajaan Negeri kepada yang berjaya memohon di kawasan Klang.
Abdul Khalid juga bersama rakyat memeriahkan acara sukan rakyat dalam acara futsal berkain pelekat untuk lelaki manakala wanita bermain bola jaring berkain batik.
Beliau juga berkesempatan meninjau keadaan Stadium Hoki Pandamaran Klang bersama Exco, Dr Halimah Ali.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan