Presiden
Amerika Syarikat Barack Obama (kiri) beramah mesra dengan Imam Besar
Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad ketika melawat Masjid
Negara di Kuala Lumpur hari ini, sempena lawatan ke Malaysia selama tiga
hari bermula semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.
Beliau mengambil peluang untuk menyuarakan hasratnya kepada Obama semasa mengiringi Presiden Amerika Syarikat itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan Perdana di sini pagi ini.
Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen terkenal itu di sini.
Beliau berkata, Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.
Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan bersejarah dengan Obama, iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.
Pertemuan pertama ialah dengan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, kira-kira 48 tahun lalu apabila beliau baru berusia 22 tahun dan menjadi pelajar tahfiz.
"Saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui seorang lagi Presiden Amerika Syarikat dalam hidup saya selepas hampir 50 tahun," kata beliau.
Ismail juga kagum dengan kebolehan Obama untuk memahami bahasa Malaysia apabila beliau kadang-kadang bertutur dalam bahasa itu dengan Presiden Amerika Syarikat.
Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab "Insya-Allah" dan "Terima Kasih," katanya.
"Memang baik baginya walaupun beliau tidak boleh banyak bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi beliau memahami apa saya memberitahu kepada beliau," kata Ismail sambil tersenyum.
Lawatan Obama ke Masjid Negara merupakan aturcara pertama pada hari kedua lawatannya ke Malaysia dan lawatan ke masjid berkenaan menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini yang majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.
Obama, yang tiba semalam untuk lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam, Rashad Hussain.
Selepas lawatan Obama, Ismail mengadakan pertemuan singkat dengan Rashad yang menyentuh tentang perbankan Islam, program pembangunan usahawan Muslim dan hab halal.
Ismail berkata Rashad melahirkan rasa kagum Amerika Syarikat terhadap sistem perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
"Dan dari segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak samarata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini," kata Najib.
"Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil," tegasnya.
Sementara itu, Obama berkata isu seperti hak asasi manusia, kebebasan sivil dan kebebasan akhbar tidak pernah tersisih daripada agenda dalam pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin lain dunia dan begitu juga dalam pertemuannya dengan Najib.
Presiden berkata pandangan kononnya Malaysia tidak berbuat secukupnya untuk menangani kebimbangan itu mungkin tidak sepenuhya mencerminkan pembaharuan yang telah dibuat oleh Najib.
Obama menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar pada lawatan ini juga dengan sendirinya bukan membayangkan kurang prihatin terhadap isu seumpama itu, tetapi atas hakikat bahawa "banyak orang yang saya tidak temui dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang saya tidak temui". - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan