ASPAN ALIAS
Saya mengambil keputusan untuk
menulis isu yang lain dan tidak akan menyambung artikel yang lepas seperti yang
saya janjikan. Saya tidak dapat menyentuh blog saya sendiri sejak beberapa hari
yang lepas kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Isu yang menarik bagi saya
untuk memberikan komen ialah isu undang-undang hudud yang menjadi isu hangat
sekarang ini setelah kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk
membentang ‘private bill’ di parlimen dan bertegas untuk melaksanakan hukum
hudud di negeri Kelantan.
Isu ini telah mendapat reaksi yang
bersalahan dari beberapa pihak termasuk dari MCA, komponen BN sendiri. Ketua
Wanita MCA sendiri telah meminta Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dengan PKR
untuk bertegas menentang usul yang akan dibentangkan oleh PAS kerana PAS adalah
rakan kongsi Pakatan Rakyat. Heng Seai Kie telah meminta Anwar untuk
memberhentikan usaha PAS untuk membentangkan bill itu jika Anwar benar-benar
Anwar dan Pakatan mengotakan apa yang mereka janjikan.
MCA telah turut membidas DAP kerana
tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk menggagalkan usaha PAS
itu kerana ia dianggap oleh MCA sebagai permainan politik yang mengelirukan
rakyat Malaysia
keseluruhannya. Permainan DAP, mengikut kata Ketua Wanita MCA itu adalah
tindakan untuk mendapatkan undi semata-mata dan tidak membuat apa yang mereka
perkatakan.
Tetapi pandangan MCA itu tidak
sepenuhnya benar kerana DAP sememangnya telah berjanji yang kesemua 38 orang
ahli legislatif nya di parlimen tidak akan menyokong usul itu dan menentang
pembentangan bill tersebut.
Sebagai rakyat biasa saya tidak
ada masalah tentang kehadiran hukum hudud dinegara ini. Hanya saya hendak
memberikan pandangan yang usaha itu perlukan usaha yang sangat berhemah dan
teliti agar ia tidak memberikan kesan negatif kepada negara. Sebagai seorang
Islam adalah tidak patut saya menolak hukum hudud itu kerana itu adalah hukum
yang diturunkan Allah s.w.t. dan bukannya yang dicipta oleh PAS. PAS hanya hendak
memberikan hukum Tuhan itu keutamaan
kerana kita semua bertuhan.
Mana mungkin oleh kerana Karpal
Singh tidak setuju kita terpaksa membatalkan niat untuk melaksanakan hukum
hudud itu. Takkanlah kita takut kepada Karpal dari hukum Tuhan.
Hudud ini wajar dilaksanakan
kerana jika ia terlaksana dengan sempurna ia akan terbukti satu undang-undang
yang berguna untuk semua manusia berbilang kaum, bukan setakat untuk orang
Islam semata-mata.
Tetapi sebelum ia dilakukan ia
perlu melalui penerangan yang teliti dan menyeluruh untuk kefahaman semua. Beri
kefahaman kepada semua yang masih ramai mempunyai syak wasangka kepada hukum
Islam ini. Ia perlu difahamkan dari hukum hududnya sehingga kepada hukum
Qisasnya supaya ia akan di fahamkan yang hudud itu bukannya hukum yang tidak bertimbang
rasa malahan undang-undang yang berupa undang-undang ‘preventive’ ini akhirnya
menjadi undang-undang yang sesuai untuk diguna pakai oleh semua umat diakhir zaman ini.
Saya tidak memahami sepenuhnya undang-undang
ini tetapi saya tahu dan yakin yang ianya adalah satu undang-undang yang boleh
mengadili semua manusia dalam semua hal tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya
sekarang ini ia belum ada usaha meyakinkan semua pihak dalam isu ini.
Kepada pihak yang berkata
undang-undang Tuhan ini tidak dapat disesuaikan dengan perlembagaan negara,
elok kita perkuatkan iktiqad yang perlembagaan negara itu adalah ciptaan
manusia sedangkan hudud itu adalah ciptaan Allah s.w.t..
Kita pernah mendengar ada usaha
untuk membawa isu hudud ini ke mahkamah suatu ketika dahulu. Tindakan itu nyata
adalah tindakan untuk undang-undang buatan manusia membicarakan undang-undang
ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Bagi yang menentang hudud ini
mereka akan memberikan berbagai-bagai alasan untuk menentang hukum Allah ini,
tetapi mereka beriya-iya untuk menggunakan nama Allah dalam agama mereka.
Jangan kita setakat berperang
menggunakan namaNya dan berperang untuk mempertahankan namaNya oleh
setengah pihak sahaja. Kita gunakan undang-undangNya sekali. Allah tidak
berbohong malahan berbohong itu adalah sifat mustahil bagiNya. Apa jua
yang
diturunkanNya adalah untuk kebaikan umat sejagat bukan setakat untuk
kebaikan
rakyat Kelantan sahaja.
Segala-galanya yang datang dari Allah s.w.t. itu ada hikmahnya bukan sahaja kepada yang beragama Islam malahan kepada keseluruhan umat manusia sejagat. Hanya setengah diantara kita tidak sesuai dengan undang-undang itu kerana ia tidak mahu melaluinya dahulu untuk menikmati hikmah dari Tuhan itu.
Hanya yang sangat perlu dilakukan ialah untuk berfikir habis-habisan dalam melaksanakan hukum hudud ini, kerana yang terpenting sekali seperti yang di sebutkan tadi ialah pemahaman yang terperinci wajar difahami sebelum ianya dilaksanakan dan tumpukan kepada kaedah perlaksanaan yang terbaik yang tidak menjejaskan imej agama itu sendiri.
Kita tidak mahu agama itu menjadi bahan ejekan dan dipandang rendah oleh umat manusia kerana ini adalah satu usaha yang amat drastik bagi negara kita dan juga bagi banyak negara yang lain. Ini merupakan satu usaha dan perubahan yang sangat besar yang mempunyai risiko ketidak tepatan perlaksanaan dengan hukum sebenarnya.
Setakat ini PAS belum lagi melakukan semuanya ini termasuk mengadakan jawatankuasa perlaksanaan yang mungkin memerlukan penglibatan ulamak-ulamak yang muktabar dan sadiqiah Islam dari seluruh dunia untuk mempastikan ia terlaksana dengan betul dan tepat dengan hukum dan semangat undang-undang itu sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan