KL TODAY
PETALING JAYA: Siti Salmy Suib, ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah yang dikelar sehingga putus kepala, dan suspek pembunuhan kejam itu sering dilihat bersama-sama di sebuah kompleks membeli-belah di mana kanak-kanak itu diculik.Menurut seorang pekerja di kompleks membeli-belah itu di Kuala Lumpur, lelaki yang berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada ‘kumpulan’ Siti Salmah yang juga seorang gelandangan sering dilihat menghabiskan masa bersama.
“Dia
(suspek) juga merupakan sebahagian daripada ‘kumpulan’ dia (Siti
Salmy). Semua orang gelandangan di kawasan ini sering keluar
bersama-sama dari semasa ke semasa,” kata pekerja itu yang enggan
dikenali.
Katanya,
semua pekerja yang bekerja di pusat membeli-belah itu, terutama di aras
empat yang menempatkan arkade, mengenali Siti Salmy, 32, dan
rakan-rakannya.
“Anda
boleh lihat dia di sini dari pagi sehingga tempat ini ditutup. Dia
sekadar melepak dengan rakan-rakannya, meninggalkan anaknya berkeliaran
seorang diri di aras empat,” katanya, sambil menambah dia
kadang-kadang dilihat bersama suspek.
“Mereka mengenali antara satu sama lain. Ia mungkin menjadi punca lelaki itu mengambil anaknya,” katanya.
Pada 29
Mei lalu, kira-kira pukul 9 malam, seorang lelaki membawa Siti Soffea
kira-kira 1.5 kilometer ke bawah sebuah jambatan dekat Sungai Klang
dan saksi dilaporkan melihat suspek mengelar leher kanak-kanak itu
dipercayai menggunakan jubin seramik.
Ketika
saksi mendekatinya, suspek melarikan diri dan terjun ke Sungai Klang.
Satu mayat, dipercayai adalah suspek, dijumpai terapung di sungai dekat
Bandar Sunway pada Sabtu lalu.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Siti Salmy tinggal di jalanan walaupun dia mempunyai keluarga di Cheras.
Siti
Salmy, atau Amy yang dikenali di kalangan rakan-rakannya, turut dilihat
di kawasan rekreasi berhadapan dengan Pudu Raya sekiranya tidak berada
di pusat membeli-belah itu.
“Ramai
rakan-rakannya tidak melihatnya sejak hujung minggu lalu. Jika anda
hendak berjumpa dengan mereka, pergilah ke taman dekat pondok polis
berhadapan dengan Pudu Raya,” katanya.
Dia bagaimanapun enggan mengesahkan dakwaan sama ada kumpulan itu terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Suspek,
yang baharu sahaja keluar dari penjara hanya dua minggu lalu, selepas
menjalani hukumannya kerana memiliki senjata berbahaya, didakwa
menculik Siti Soffea, 2, dari aras empat pusat membeli-belah berkenaan.
Insiden itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Suspek mempunyai empat rekod jenayah kerana kesalahan dadah, mencuri kereta dan memiliki senjata berbahaya.
Ditanya
mengenai di mana Siti Salmy mendapatkan makanannya, sumber berkata, VIP
Lounge di arked itu kadang-kadang menyediakan makanan.
“Dia
kadang-kadang makan di situ. Orang ramai juga menawarkan makanan dari
semasa ke samsa. Dia sentiasa ada di sini. Sudah tentu kita akan
menolong,” katanya.
Seorang
lelaki yang turut dilihat melepak di arked itu mempunyai kisah yang
hampir sama untuk dikongsikan dengan berkata bahawa dia sering melihat
kanak-kanak itu berkeliaran seorang diri di kompleks membeli-belah itu.
“Mereka
sentiasa ada di sini jadi ramai mengenali mereka. Tiada apa-apa yang
berlaku sehingga kejadian itu,” kata seorang lelaki yang menganggur,
yang menjelaskan bahawa dia sering menghabiskan masanya melepak di
arked itu.
“Amy juga seperti saya. Jika saya tiada kerja, saya akan berada di sini. Di luar begitu panas,” katanya.
Tambahnya, kanak-kanak itu sering dilihat berkeliaran di aras empat, tetapi ibunya sentiasa memerhatikan pergerakannya.
Seorang
penjual tiket bas, yang bekerja dekat taman di mana Siti Salmy tinggal,
berkata, taman itu merupakan tempat yang biasa digunakan oleh orang
gelandangan untuk bermalam.
“Dia (Siti Salmy) kenal lelaki itu. Itu semua ‘gang’ diorang. Dia kadang-kadang ada di sini,” katanya.
Penjual tiket bas itu mengesyaki pembunuh Siti Soffea disebabkan angkara dendam.
“Tak taula, tapi rasanya ini kerana dengki. Jika ada sesuatu yang diberikan tetapi tak dapat wang, (suspek) mungkin marah.”
Dia
menjelaskan bahawa kebanyakan kawasan itu merupakan tempat penagih
dadah dan satu paket kecil mengandungi dadah dijual semurah RM9.
“Saya
sukakan budak itu (Soffea). Dia seorang budak yang baik dan peramah.
Dia tidak takut dengan orang dan saya kadang-kadang membelikannya
gula-gula atau ais krim,” katanya.
“Dia
comel. Kita sukakan dia tetapi saya tidak sukakan ibu bapa dia,”
katanya, sambil menambah bahawa suami Siti Salmy dipercayai kini
menjalani hukuman penjara.
Tambahnya,
Siti Salmy bukanlah ‘gelandangan sepenuhnya’ kerana dia mempunyai
tempat tinggal di Cheras tetapi dia memilih untuk menetap di jalanan
kerana hubungannya bersama keluarga tidak begitu baik.
Siti Salmy pada masa ini direman untuk membantu siasatan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan