HALAMAN SANTAI
Selasa, 3 Jun 2014
Jangan kecewa kalah di Teluk Intan
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, oleh itu jentera PAS tidak perlu berasa terlalu kecewa dengan kekalahan tersebut kerana telah melakukan yang terbaik.
"Biarpun tewas, tetapi ianya bukannya memberikan gambaran kegagalan gerak kerja PAS oleh kerana jentera telah bertungkus-lumus bekerja untuk menarik sokongan pengundi," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun kerusi itu bukanlah ditandingi oleh PAS, namun salah satu kerusi di dalam parlimen itu adalah milik PAS iaitu Dun Changkat Jong, maka jentera wajar bermuhasabah.
"Kami masih gagal untuk menarik sokongan pengundi di dalam Dun Changkat Jong apabila kekal tewas dengan majoriti agak besar khususnya dari kalangan pengudi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan BN.
"Kita akan membuat post-mortem bagi mengenalpasti apakah strategi yang berkesan dan tidak berkesan supaya selepas ini akan lebih bersedia," katanya.
Kenaikan tiga peratus pengundi Melayu ujarnya adalah rangsangan kepada jentera PAS di Teluk Intan untuk terus berusaha menarik sokongan kelompok tersebut kerana ianya sangat penting bagi PAS itu sendiri.
"Kepada seluruh jentera, anda telah membuat yang terbaik. Jangan sesekali kecewa sebaliknya harus menganggap tiada istilah kalah dalam kamus perjuangan," katanya. -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan