HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Jun 2014

'Semua parti pun hadapi masalah'


Johari Abdul


PETALING JAYA - Disebalik kekecohan yang melanda sepanjang proses pemilihan PKR 2014, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul menyifatkan perkara tersebut berlaku kerana masalah manusia, bukannya parti.

Menurutnya, sebelum ini JPP membuat andaian semua pihak akan berkelakuan baik namun sebaliknya yang berlaku di luar kawalan.

"Ini masalah manusia bukan masalah parti (PKR). Semua parti alami perkara ini.

"Andaian kita, orang akan berkelakuan baik tapi terjadi perkara yang di luar kawalan kami," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Susulan kekecohan yang berlaku di Sabak Bernam ketika proses pengundian, beliau menegaskan, tindakan telah diambil namun ada yang diberi peluang kedua.

"Ada yang telah diambil tindakan. Namun ada yang sedar kesilapan mereka dan mengakuinya lalu mereka meminta maaf.

"Kami beri peluang kedua. Kami faham, kebanyakannya masih muda, beza latar belakang....sebab itu ketika kejadian mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya," katanya

Tiada ulasan: