Walaupun BN menang besar dalam pilihan raya negeri kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri tiada alasan untuk bergembira.
Katanya, pencapaian BN Sarawak sebenarnya melemahkan penguasaan kerajaan pusat yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Beliau (Najib) sekarang akan lebih bergantung kepada sokongan Sarawak berbanding sebelum ini,” katanya.
BN menang 72 daripada 82 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Sabtu.
Parti pemerintah juga merampas kembali lima kerusi bandar yang dikuasai pembangkang sebelum ini.
Bergantung pada deposit tetap
Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata selepas pilihan raya umum ke-13, sokongan daripada Sarawak dan jirannya Sabah penting untuk kerajaan pusat.
Katanya, kerajaan pusat boleh jatuh hanya jika 12 atau 13 anggota parlimen berpaling tadah.
“Najib kini lebih perlu melayan tuntutan-tuntutan Sarawak. Malah, Najib sudah pun melakukannya.
“Apa saja yang Sarawak minta untuk Sarawak, akan dapat. Suara Sarawak untuk rakyat Sarawak bertambah kuat,” katanya.
Mahathir juga berkata, ketika Adenan merayakan kejayaan besar mereka, Najib kini harus bimbang pada penggantungannya pada negeri-negeri deposit tetap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan