(Perak Today) – Setiap manusia perlu
mendoakan keselamatan mangsa sekiranya mendapat sebarang berita yang
tidak diingini seperti kejadian kehilangan helikopter, kata Ketua
Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.
Menurut Nasrudin, beliau merasa sedih
apabila melihat ada pihak yang bergembira ketika berlakunya kejadian
sedemikian hanya disebabkan mangsa kejadian adalah merupakan musuh
politik mereka.
“Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Ada yang mula menghitung hari untuk pilihanraya kecil.
“Susahkan anda mahu doakan keselamatan
mereka dan memberi semangat kepada ahli keluarga mereka ?”soalnya
menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial Facebook hari
ini.
Semalam, pesawat jenis Eurocopter AS350
yang membawa enam orang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah, Pengerusi
Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan
Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar berlepas dari
Betong pada jam 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum
terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.
Penumpang lain yang berada dalam
helikopter terbabit ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal
peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan