Ini kerana, secara prinsipnya parti itu telah menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Harapan.
(FMT) – Parti Amanah Selangor (AMANAH)
sewajarnya mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Demikian kata Pengerusinya Izham Hashim yang berpendapat secara prinsipnya parti itu telah menggantikan tempat PAS dalam PH.
“Oleh kerana AMANAH menggantikan PAS dalam PH maka sewajarnya kami yang bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Kita ada ramai calon yang berkelayakan
dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AMANAH Nasional pada
15 Mei nanti,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya
jika parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Sungai
Besar dan Kuala Kangsar.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong
selepas wakil rakyat terbabit, merangkap Timbalan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas
helikopter di Sarawak, Khamis lalu.
Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli
Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad;
suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi
Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun.
Sementara itu, Izham turut diminta
mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang menyarankan PAS kembali bersama DAP
dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) nanti
“Mana-mana pimmpinan daripada komponen
parti dalam PH bebas menjemput sesiapa atau mana-mana parti menyertai
PH. Namun, kaedah penerimaan mestilah mengikut tatacara yang terkandung
dalam perjanjian PH yang ditandatangani baru-baru ini.
“PH percaya pembangkang perlu bersatu di bawah satu platform bagi menghadapi BN.
“Walau bagaimanapun parti-parti berkenaan
perlulah jujur dan bersedia mematuhi segala peraturan berhubung dengan
perjalanan PH. Juga mereka perlu dipersetujui keahlian oleh ketiga-tiga
parti komponen PH sedia ada,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan