Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ibunya untuk ditenangkan.
SERI ISKANDAR: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terperangkap hampir sejam selepas ibunya terlupa anak perempuannya itu ditinggalkan dalam kereta kerana terlalu teruja untuk bertemu ahli keluarga di Taman Iskandar Perdana, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar Zaiful Effendi Ahmad berkata anggota bomba terpaksa memecahkan cermin belakang kereta bahagian penumpang untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.
“Melihat keadaan kanak-kanak itu sudah menangis, berpeluh-peluh dan sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk memecahkan cermin belakang bahagian penumpang.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu wanita berusia 30-an itu, hanya menyedari ketiadaan anak perempuannya selepas sejam keluar dari kenderaan.
Difahamkan, wanita itu datang ke taman berkenaan untuk menziarahi ahli keluarganya yang tinggal di situ.
Kunci ditinggalkan dalam kereta menyebabkan kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina itu terkunci secara automatik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan