HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Jun 2016

PAS kekal tak mahu serah kerusi kepada PAN hadapi PRU14

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BAHARU: PAS nekad dengan pendirian tidak mahu mengorbankan kerusi yang pernah ditandinginya kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Sebaliknya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mencadangkan DAP menawarkan kerusi mereka kepada PAN jika mahu menang dalam pilihan raya itu nanti.
 
"Amanah (PAN) kalau dia nak hidup kena bertanding atas kerusi DAP, dia ada harapan menang, kalau bertanding atas kerusi PAS dia akan kalah.
 
"Sepatutnya DAP beri kerusi kepada Amanah (PAN) sebab Amanah (PAN) anak buah dia, nampak sinonim kedua-duanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah politik di Pasir Tumboh malam tadi.
 
PAN adalah parti serpihan PAS yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu.
 
Tuan Ibrahim berkata kajian yang dibuat oleh PAS terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini, mendapati PAN mendapat sokongan dari kawasan pengundi bukan Melayu.
 
Beliau juga berkata PAS akan bertanding di tempat yang tradisi parti itu  bertanding di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan parti lain termasuk DAP dan PAN.
 
 

Tiada ulasan: