Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Amanah menyifatkan parti baru Gagasan Sejahtera (GAGASAN),
hanya mereka alasan untuk tidak menjalinkan kerjasama Pakatan Harapan
(PH), bagi memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus
memerintah.
Pengarah Strategiknya Khalid Samad berkata demikian sebagai respon
menafikan bahawa PH mengamalkan budaya politik emosi, politiking
melampau, permusuhan dan kemarahan membuta-tuli dalam kalangan rakyat.
Malah katanya, GAGASAN yang ditunjangi PAS itu hanya berhasrat untuk
terus menjadi pembangkang, apabila mempunyai hubungan 'mesra' dengan
kerajaan pemerintah.
"Bagi saya hanya satu alasan hakikatnya pandangannya PAS bukan lagi
parti pembangkang, dia parti di tengah (di mana) boleh sokong BN dan PH
dan tidak komited kepada mana-mana satu (parti).
"Dia (PAS) tidak lihat perlunya menukarkan BN tidak merupakan satu yang
perlu sebab itu dia tidak mahu wujudnya satu lawan satu, hanya mahu
menjadi pembangkang yang membina," katanya kepada Antarapos.
Sabtu lalu Hadi mengumumkan permuafakatan partinya dengan Parti Ikatan
Bangsa Malaysia (IKATAN), dikenali sebagai GAGASAN dengan menegaskan
tidak akan kembali bergabung dengan pembangkang kerana menolak budaya
politik yang diamalkan oleh PH.
Menurut Hadi, PH mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau,
permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.
Malah Khalid juga tidak menolak keadaan ini sudah pastinya menyukarkan
langkah PH dalam memastikan saingan dua penjuru untuk berdepan dengan
BN.
"Jadi konsep dua parti tidak merupakan satu konsep yang diterima (PAS).
Apa yang dilakukan akhirnya akan dijelmakan dalam bentuk pertandingan
tiga penjuru (pada PRU14). Ini memang dah dijangka bahawa mereka (PAS)
akan bertanding di semua kerusi, kerusi DAP pun nak bertanding.
"Itu (hanya) alasan dan hujah sedangkan apa yang dilakukan oleh PH
adalah usaha untuk menjatuhkan BN secara komited untuk membentuk
kerajaan yang baru," katanya lagi.
Ujarnya lagi, gabungan antara PAS dan Parti Ikatan yang membentuk
GAGASAN membuktikan PAS sudah tidak selari dengan misi PH untuk
menumbangkan kerajaan Umno-BN pada PRU14 akan datang.
"Bagi PAS, Umno BN tidak wajar ditukar sekiranya pertukaran itu menjadi
kepada pertukaran kerajaan dimana orang Melayu tidak mempunyai
dominasi, PAS melihat PH dan PR yang cakap pasal keputusan berdasarkan
konsensus sebagai satu perkara yang tidak wajar.
"PAS tidak mahu konsesus itu, nak kepada dominasi maka yang lain kena
ikut. Samada Umno yang dominan, ikut Umno. Kalau nak ganti kena PAS,
yang lain kena ikut sahaja seperti mana yang ada dalam Gagasan
Sejahtera. Maknanya dominasi PAS ataupun dominasi Umno itu sahaja,"
katanya.
Semalam PKR menerusi Ketua Wanitanya Zuraidah Kamaruddin menempelak
kenyataan Hadi yang padanya sudah jauh tersasar dan menegasakan PH masih
mengamalkan budaya politik matang.
Bagaimanapun katanya, PKR bertegas tetap mahu meneruskan tahaluf siyasi
dengan PAS walaupun parti itu menolak politik yang dibawa PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan