HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 Ogos 2016

Sanjeevan ditahan kali ke-10

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, sekali lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pemerasan yang dilaporkan di daerah Dang Wangi di sini, pada tahun 2014.
 
Sanjeevan, 31, ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Jalan Setiapuspa, Medan Damansara, di sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.
 
Ketua Penolong Pengarah D7, Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata tangkapan dibuat berdasarkan laporan polis oleh mangsa yang mendakwa pernah diperas ugut oleh Sanjeevan.
 
"Kali terakhir dia ditahan adalah Khamis minggu lalu oleh Polis Triang, Pahang berhubung kesalahan peras ugut manakala sembilan kertas siasatan sudah dibuka terhadapnya.
 
"Tangkapan terbaru semalam bermakna 10 kertas siasatan dibuka terhadapnya," katanya memetik BH, hari ini.
 
 

Tiada ulasan: