shahbudindotcom
Semua
orang tahu bagaimana hubungan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dengan Tun
Mahathir Mohamad. Sejak meninggalkan Semangat 46 dan kemudian menyertai
UMNO, beliau telah menukar dirinya bulat-bulat menjadi orang Tun
Mahathir.
Ibrahim
bukan saja antara yang paling lantang menyebelahi Tun Mahathir ketika
kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, malah sebagai tanda keakraban,
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga sedia menjadi Penaung
Kehomat Perkasa yang ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas
tersebut.
Dalam
pilihanraya 2013, setelah namanya tidak dipilih untuk bertanding atas
tiket BN, dikhabarkan Tun Mahathirlah yang membantunya dengan menelefon
Najib untuk memasukkan semula nama Ibrahim sebagai calon.
Calon
BN yang telah diumumkan bertanding di Pasir Mas ketika itu, Johan Che
Pa akhirnya tidak mengemukakan kertas pencalonannya dan dengan yang
demikian, dapatlah Ibrahim bertanding atas tiket Bebas tetapi disokong
oleh BN.
Sepanjang
tempoh kempen pilihanraya, seluruh jentera UMNO dan BN Pasir Mas
memberi sokongan penuh kepadanya, tetapi Ibrahim tewas kepada Nik Abduh
Nik Aziz dari Pas.
Melalui
Perkasa yang menjadi kenderaan perjuangannya, dalam banyak isu
melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, Ibrahim kerap sekali
berganding bahu dengan Tun Mahathir. Suara dan hatinya bukan saja senada
dan seirama, malah tidak pernah Ibrahim berbeza pendapat dengan Tun
Mahathir.
Dalam
sebuah majlis makan malam tidak lama sebelum ini, Ibrahim ada menyebut,
hubungan beliau dengan Tun Mahathir adalah kerana mereka saling
memerlukan antara satu sama lain.
Orang
mungkin nampak saya mempergunakan Tun Mahathir, tetapi sebenarnya Tun
Mahathir pun mempergunakan saya dan Perkasa juga, kata Ibrahim dengan
ketawa berdekah-dekah yang tidak asing lagi bagi mereka yang rapat
dengannya.
Apabila
timbul ura-ura Tun Mahathir mahu menubuhkan parti baru, Ibrahim
diperkatakan antara orang yang akan bersama dengan rancangan itu. Malah
dihebohkan juga bahawa sebahagian besar ahli Perkasa akan turut
menyertai parti baru tersebut.
Dikhabarkan,
jawatan tertentu juga sudah disediakan untuk Ibrahim apabila parti itu
diluluskan. Dalam beberapa kenyataannya pula, Ibrahim sendiri kerap
memberi gambaran tidak setujunya dengan kerajaan, sambil mengatakan
bahawa hayat UMNO akan berakhir dalam PRU 14 akan datang ini.
Ibarat
mendung tapi hujan tak jadi, tentunya ramai yang terkejut apabila
Ibrahim tiba-tiba mempersoalkan hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia
atau PPBM dalam perjuangannya untuk memperkasa agenda Melayu dan
Bumiputera.
Kata
Ibrahim, kesanggupan Tun Mahathir bekerjasama dengan DAP dan berbaik
semula dengan Anwar Ibrahim akan menimbulkan seribu tanda tanya mengenai
perjuangan sebenar PPBM.
Aikkk...kenapa tiba-tiba Ibrahim meluahkan rasa tidak setujunya terhadap Tun Mahathir dan PPBM?
Apakah yang menjadi punca sebenarnya? Adakah ia ada kaitan dengan keputusan Tun Mahathir berbaik semula dengan Anwar?
Adakah
Ibrahim kini rasa sudah "tertinggal bas" apabila Tun Mahathir
berbaik-baik semula dengan Anwar dan sebelum itu menjalin hubungan
dengan pemimpin-pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang?
Adakah
beliau tidak sealiran lagi dengan pemahaman bahawa tindakan Tun
Mahathir berbaik-baik dengan semua parti dan pemimpin pembangkang,
termasuk Lim Kit Siang dan Anwar, adalah bertujuan memudahkan lagi usaha
untuk mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan