Anne Muhammad
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
memperlekehkan tindakan beberapa pemimpin veteran Umno yang keluar parti
semalam, dengan melabel seorang daripada mereka sebagai "pemandu teksi
yang kecewa".
Ini susulan tindakan Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom
Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin
Jarvanti yang mengumumkan peletakan jawatan masing-masing semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian mereka, semalam.
“Dia itu sememangnya orang yang tidak ada pengaruh dan memang merupakan orang kecewa.
“Tosrin tu dulu, lepas tak tercalon bertanding dia bawa teksi, dia
memang kecewa dengan kehidupan dan dia pernah bawa teksi,” kata Nazri
kepada Malaysiakini.
Nazri yang juga adalah menteri pelancongan mendakwa Tosrin terpaksa
menjadi seorang pemandu teksi bagi menyuarakan rasa kecewa selepas tidak
dicalonkan bertanding pada pilihan raya umum lalu.
“Dia dulu nak tunjuk yang dia kecewa sebab kita tak jaga dia, lepas
dia tak dicalon dia bawa teksi, lepas itu kita cuba bantu dia.
“Orang kecewa ini tak perlu duduk dalam parti,” katanya.
Menurut Nazri, pemimpin yang meninggalkan Umno itu sebenarnya
mengintai untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
supaya mereka berpeluang bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Datuk (Baharom)... pun kecewa, dengan harapan kalau masuk BERSATU boleh bertanding.
“Kalau duduk dalam Umno tak boleh bertanding. Sudah tentu (Presiden
BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bagi kerusi,” katanya.
Nazri berkata, Umno tidak akan terjejas berikutan tindakan beberapa ahli akar umbi yang meninggalkannya.
“Umno tak akan terjejas, memang orang ini tak laku pun sebenarnya. Mungkin ada akar umbi seorang dua yang akan keluar.
“Umno parti keramat tak akan terjejas. Muhyiddin keluar parti pun tak ada apa. Inikan pula wakil rakyat pencen,” katanya.
Baharom dan Tosrin semalam meninggalkan Umno sebagai membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam petikan video memaparkan ucapan beliau, Baharom memberitahu
perwakilan kepimpinan Umno enggan menerima realiti dan Najib disifatkan
punca kepada semua masalah parti.
"Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti
milik Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi," kata Baharom yang
adalah ADUN Umno antara tempoh 1995 hingga 2004.
Sementara itu, Tosrin pula mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera Umno kepada ketua Umno bahagian Kulai.
"Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini
saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya
dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno
baik-baik untuk orang Melayu," katanya.
"Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini
saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya
dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno
baik-baik untuk orang Melayu," kata Tosrin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan