Australia memerintah 16 hartanah termasuk tiga milik rakyat Malaysia dijual selepas kesemua hartanah tersebut dibeli tanpa kebenaran kerajaan.
Bendahari Australia, Scott Morrison membuat pengumuman tersebut selepas kerajaan negara tersebut agresif melaksanakan peraturan pelaburan luar negara yang selama ini tidak begitu dipraktikkan.
Pemilikan tanah oleh rakyat asing telah menjadi isu sensitif di Australia dan menjadi pertikaian di antara negara itu dan China kerana telah menyebabkan impak pelaburan asing terhadap harga hartanah serta kepentingan negara sering diperdebatkan.
Dalam kes tersebut, tujuh daripada 16 urusniaga itu melibatkan warga China, empat milik warganegara Britain, Kanada (dua) dan masing-masing tiga bagi Malaysia dan Papua New Guinea.
"Pelaburan asing di Australia perlu mengikut peraturan negara ini.
"Rakyat asing perlu mendapatkan kelulusan daripada kerajaan melalui Lembaga Pernilaian Pelaburan Asing sebelum membeli hartanah di Australia," katanya dalam satu sidang media di Sydney hari ini.
Kerajaan telah menjual 46 hartanah bernilai A$93 juta yang kebanyakannya dimilik warga China sejak 2013.
Penjualan terbaharu ini dilakukan sama waktu dengan tindakan Morrison menghalang pembida dari China daripada membeli sebuah syarikat perladangan terbesar Australia.
Selain itu, pembida dari Hong Kong dan Australia juga dihalang daripada membeli pengedar elektrik, Ausgrid bulan lalu sehingga menimbulkan dakwaan Australia kini telah menjadi 'protectionist'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan