HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 September 2016

Awas fenomena air pasang besar berulang

MALAYSIA GAZETTE





Gambar yang dikongsi netizen di media sosial menunjukkan air pasang besar kembali di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia hari ini.
Gambar yang dikongsi netizen di media sosial menunjukkan air pasang besar kembali di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia hari ini.
 
Bahaya air pasang besar kembali,

Fenomena air laut melimpah naik ke darat itu berlaku di kawasan pantai kini kembali sejak semalam terutama di Klang, Jeram Pelabuhan Klang dan Port Dickson.

Sejak semalam, kesemua kawasan itu sudah dinaiki air dan dijangka akan naik lebih tinggi dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, ia biasanya berlaku selama empat hari berturut-turut dan mahu penduduk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut sumber, air laut dijangka naik maksimum sehingga 5.7 meter dan ia memberi kesan kepada nelayan yang mencari pendapatan di laut selain pemancing.

Orang ramai di laman sosial Facebook hari ini mendakwa air pasang besar itu menyebabkan beberapa kawasan seperti di Pantai Remis dan Pelabuhan Klang dipenuhi air.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: