KOTA KINABALU:
Tindakan ejek dipercayai punca insiden seorang murid Sekolah Agama
Negeri (SAN) Putatan dekat sini membelasah rakannya yang rakaman
kejadian tersebut diviralkan di laman media sosial baru-baru ini.
Ketika dihubungi hari ini, Pegawai
Tadbir Agama Pejabat Hal Ehwal Agama Putatan Zulfauzy Awang Besar
berkata siasatan hanya dapat dijalankan selepas dua murid terbabit, yang
masing-masing berumur 12 tahun, selesai menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).
“Pihak kami juga akan menemu bual saksi
kejadian itu, termasuk murid yang merakam insiden tersebut,” katanya,
sambil menambah kejadian berlaku pada 30 Ogos lepas ketika waktu rehat
sekolah tersebut.
Klip video berdurasi 28 saat itu, yang
dirakam menerusi telefon bimbit, menunjukkan aksi seorang murid lelaki
lengkap berseragam sekolah agama membelasah mangsa di dalam sebuah bilik
darjah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Penampang DSP Rosley Hobden mengesahkan tindakan ejek dipercayai punca
kejadian, tetapi siasatan akan dijalankan selepas selesai peperiksaan.— Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan