"Pan melalui orang kuatnya khalid samad berkata pan tidak ada masalah utk menyokong pindaan rru355 bagi memperkasakan mahkamah syariah. Namun ada syaratnya iaitu haji hadi mesti menjelaskan dengan terperinci tidak hanya retorik, supaya ia tidak dilihat menjadikan agama sebagai bahan politik.
Menarik statement khalid samad ini.
Nak memperkasakan institusi agamapun dikaitkan sebagai mempolitikkan agama. Sah la khalid samad tidak dapat memahami wajibnya islam diperkasakan dalam negara apa lagi nak dilaksanakan.
Politik adalah elimen islam. Kalau islam tidak ada politik, samalah macam kristen yg menolak politik wajib dlm pengawasan agama. Maka dimana wajarnya khalid berkata usaha memperkasakan mahkamah syariah adalah mempergunakan agama utk politik?
Pindaan rru355 sudah dibentang tapi belum dibahas. Apa hal khalid macam gelisah? Nak sokong tapi minta penjelasan sedang penjelasan boleh diperolehi malah boleh dibahas dalam parliment nanti. Boleh tanya haji hadi semahunya. Buktikan haji hadi mempolitikkan agama dalam kes rru355 ini.
Khalid dan pan berani ke menongkah arus pakatan harapan? Dap jelas dan nampak istiqamah menolak pindaan rru355. Bahkan dap sendiri mewar-warkan pan juga menolak usaha ini. Beranikah pan menentang dap?
Penulis katakan bahawa pan sedang mempolitikkan usaha memperkasakan mahkamah syariah yg diusahakan pas. Panlah yang beretorik sebenarnya. Penulis hampir pasti pan tidak akan berani mengangkat muka menyokong rru355 di parliment apabila dijerkah dap. Khalid dan pan tak usahlah cuba menipu rakyat. Rakyat sudah tau apa juga keputusan pan adalah dengan kawalan dap.
Jika khalid berkata adalah sangat keji bila pas menjadikan agama alat politik, penulis juga katakan adalah keji malah tidak bermaruah parti yg mendakwa rahmatan fil alamin, menjadi budak parti yg menentang islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan