HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 September 2016

FAM tak perlu cari dalang sebar maklumat 'pendrive'

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tiada keperluan untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari dalang penyebar maklumat dalam pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 
 
Malah tegas beliau adalah lebih baik persatuan itu mendedahkan kandungan pendrive itu untuk dinilai sendiri oleh peminat bola sepak negara. 
 
"Sudah pasti yang penting adalah isi kandungannya sebab dari segi keutamaan, saya percaya peminat bola sepak tak nak dengar sangat daripada FAM mengenai siapa membocorkan maklumat itu. 
 
"Perkara lebih penting adalah isi kandungan pendrive berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kyoto-ASEAN bertajuk 'Jendela untuk ASEAN: Antarabangsa dan Inovatif', di sini hari ini. 
 
FAM sebelum ini dihujani pelbagai kritikan apabila badan induk bola sepak negara itu ingin menyiasat dalang penyebar maklumat dalam pendrive berkenaan. 
 
Isu membabitkan pendrive bermula pada 18 Julai lalu apabila Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku dalam FAM. 
 
Pendrive itu diserahkan kepada Khairy pada 2 September sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegagan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian mengesahkan maklumat terbabit tiada kaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan.
 
 

Tiada ulasan: