HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 September 2016

Mahathir temu Anwar, Umno temu rakyat, kata Ku Nan

Zulaikha Zulkifli 


 LIHAT VIDEO DI SINI

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tidak hairan dengan pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau berkata, apa yang lebih penting kini ialah Umno meneruskan agenda untuk bertemu rakyat berbanding pertemuan antara dua bekas pemimpin berkenaan.

"Dia bertemu, bertemulah. Kita bertemu rakyat. Apa salahnya. Dia bertemu dia punya pasal lah.

"(Umno) tak terjejas," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita mengenai pertemuan Mahathir dan Anwar, Isnin lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selasa lalu, Mahathir yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Keadaan itu yang jarang-jarang berlaku terutamanya selepas Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya 18 tahun lalu.

Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian membawa kepada kes mahkamah

Tiada ulasan: