MALAYSIAKINI
Mufti dan agamawan tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung
desakan pembangkang yang mahukan pandangan mereka terhadap skandal
1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekiranya tidak ada
sebarang penerangan kukuh mengenai sesuatu isu seperti 1MDB, ia
dikhuatiri menjadi kenyataan yang tidak berasas, lapor Sinar Harian.
“Secara ringkasnya, kita tidak akan buat apa-apa kenyataan. Ia kerana
tanpa ada sebarang penerangan kukuh terhadap sesuatu isu yang
dibimbangi akan menjadi satu kenyataan yang tidak berasas pula,” beliau
dilaporkan sebagai berkata.
Harrusani berkata demikian ketika diminta mengulas desakan
pembangkang agar mufti dan agamawan mengeluar kenyataan berhubung
perkara itu.
Semalam Ahli Parlimen Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
berkata desakan itu dibuat kerana pihaknya sayangkan institusi mufti,
para ulama dan agamawan supaya mereka terus di hormati serta kekal
relevan dalam masyarakat Islam.
Kamarul turut mempersoalkan sikap Harrusani yang meminta ahli politik menghentikan desakan tersebut.
Beliau yang juga Ketua Biro Antarabangsa AMANAH turut menegaskan
bahawa isu 1MDB bukan hanya isu kewangan sebaliknya melibatkan
hukum-hakam yang perlu diambil peranan oleh mufti dan agamawan dalam
menjelaskan kedudukannya dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan