SHAH ALAM: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz
berkata binaan replika burung helang di Langkawi bukan satu masalah
kerana ia tidak digunakan untuk beribadah.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mengenai
binaan replika sedemikian adalah haram dari segi Islam kerana ia
menyerupai bentuk haiwan hidup, sebagai pandangan peribadi.
"Itu adalah pandangan dia, tidak wajar untuk memberi sebarang komen.
"Sebagaimana yang kita semua tahu, kita tidak menggunakan patung untuk bersolat," katanya dipetik sebuah portal.
Terdahulu Jumaat lalu, Zamri menulis di sebuah akhbar harian bahawa
pembinaan replika yang menyerupai bentuk yang hidup seperti manusia atau
haiwan adalah haram dari segi Islam, dan tugu helang itu seharusnya
dirobohkan.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mempertahankan Zamri, dan
berkata pembinaan replika atau monumen menyerupai mahkluk adalah
dilarang.
Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Tourism, Datuk Zulkifli
Mohamad berkata, tiada keperluan untuk merobohkan tugu berkenaan kerana
burung helang merupakan ikon bagi Langkawi.
"Bila orang bercakap mengenai Langkawi, mereka akan terfikirkan burung
helang. Saya berpandangan bahawa tujuannya hanya untuk penjenamaan dan
pelancongan," katanya.
Pengerusi Matta Kedah, Abd Rashid Hashim juga membantah sebarang idea untuk merobohkan replika burung helang.
"Adalah tidak logik untuk merobohkan tugu berkenaan. Tugu ikonik itu
bukan sekadar ada di Langkawi sahaja, tetapi boleh didapati di
tempat-tempat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan