MALAYSIAKINI
Akhbar, The Wall Street Journal hari ini mendedahkan sekutu
Datuk Seri Najib Razak, Low Taek Jho yang kononnya mengendalikan akaun
peribadi AmBank perdana menteri.
Menurut laporan itu, Low berulang kali menekankan sensitiviti akaun berkenaan dan menekankan keperluan untuk kerahsiaan.
Beliau juga dilaporkan melarang AmBank daripada menghantar penyata
kad kredit yang berkaitan dengan akaun tersebut ke kediaman perdana
menteri.
"Jangan biarkan mereka di luar bank atau lebih daripada beberapa
orang dalaman tahu mengenai akaun ini, arahnya. Gunakan Gmail, bukan
sistem e-mel bank, untuk komunikasi.
“Apa sahaja yang kamu lakukan, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri,” petik laporan WSJ yang menyenaraikan arahan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Low.
"Tidak tidak tidak, tulis Low, menurut transkrip mesej BlackBerry yang diperolehi oleh The Wall Street Journal. Super sensitif.
"Sebaliknya, beliau mengarahkan seseorang untuk menerima penyata secara peribadi," petik laporan yang disiarkan pagi ini.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.
Laporan itu merujuk kepada transkrip yang dikatakan antara hartawan
kelahiran Pulau Pinang itu dengan seorang pegawai bank AmBank yang
bertindak sebagai orang perantara mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan akaun berkenaan.
Seorang lagi eksekutif kanan bank itu didakwa mengendalikan akaun berkenaan secara peribadi.
Low dilapor menegaskan bahawa sangat penting yang tidak ada sesiapa
kecuali kedua mereka yang harus mempunyai akses kepada penyata bank itu.
"(Ini) kerana jika ia (disebar) di internet mengenai sumber dana itu, kita akan sakit kepala," kata Low yang dipetik WSJ.
Mesej berkenaan juga kononnya membincangkan bagaimana untuk berurusan
dengan gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz,
sekiranya beliau menimbulkan kebimbangan mengenai transaksi berkaitan
1MDB.
Dalam keadaan sedemikian, eksekutif AmBank kanan itu sepatutnya
berjumpa dengan Zeti dan memberitahunya bahawa “ini adalah permintaan
bos" yang WSJ merujuk kepada Najib.
Najib sebelum ini telah didakwa memiliki ratusan juta dana 1MDB
melalui pelbagai perantara yang berakhir di akaun bank peribadinya di
AmBank.
Bagaimanapun, menurutnya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahkan
dan menyifatkan wang yang berada di akaun itu adalah sumbangan derma
daripada seorang putera Arab Saudi.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali bersependapat dan memutuskan untuk tidak mendakwanya selepas siasatan pihak berkuasa.
Malaysiakini telah menghubungi setiausaha akhbar Najib untuk mendapatkan ulasan mengenai laporan WSJ hari ini.
Menurut laporan akhbar itu, peguam Low enggan mengulas mahupun pihak
AmBank dan dua pegawai bank berkenaan yang didakwa terbabit berurusan
dengan Low dan akaun bank Najib.
Ia juga mendakwa bahawa dokumen bank menunjukkan Najib telah
mengeluarkan lebih 500 cek daripada akaun yang kononnya dibiayai melalui
dana 1MDB berjumlah AS$ 400 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan