KUALA LUMPUR: Ramai warga kota terkandas ketika masa puncak untuk ke
tempat kerja hari ini susulan gangguan teknikal kereta api LRT dan hujan
lebat.
Dilaporkan terdapat gangguan tenaga elektrik di laluan Kelana Jaya dari Masjid Jamek ke Ampang Park.
Hujan lebat pula menyebabkan ramai pengguna kenderaan sangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Malah berlaku kemalangan di Lebuh Raya Elite yang menyebabkan trafik
perlahan dari Putrajaya ke Seafield, menurut Lembaga Lebuh Raya
Malaysia.
Sementara jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, berlaku
kelewatan kira-kira sejam dari Citta Mall ke Lebuh Raya Persekutuan,
juga kerana kemalangan jalan raya.
Di LRT, RapidKL dilapor menyediakan bas untuk membawa penumpang yang terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan