Alyaa Azhar
Berbilion ringgit dana yang dibelanjakan kerajaan bagi menghantar
pelajar ke luar negara sebaliknya perlu dilaburkan dalam universiti dan
institut pengajian awam tempatan, kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi
Ramli.
Beliau yang juga setiausaha agung PKR berkata, cadangan tersebut
memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh institusi pendidikan
tempatan buat masa sekarang.
"Saya rasa sistem biasiswa tempatan tidak lagi terpakai. Saya tidak
nampak keperluan untuk menghantar pelajar ke luar negara untuk mengikuti
kursus yang boleh dipelajari di sini, sebenarnya, lebih baik.
"Kos (untuk menghantar pelajar ke luar negara) adalah terlalu
tinggi," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Mahasiswa Nasional
PKR di Ampang hari ini.
Kira-kira RM2 bilion hingga RM3 bilion dibelanjakan oleh kerajaan
pada setiap tahun untuk menghantar kurang daripada 10,000 pelajar di
luar negara, jelasnya.
Bagaimanapun, Rafizi mengakui beliau sendiri mendapat manfaat
daripada pendidikan luar negara setelah menamatkan ijazah kejuruteraan
elektrik di Universiti of Leeds, United Kingdom.
Namun, Rafizi percaya ada sedikit perbezaan jika beliau menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Tambah Rafizi, lebih baik menghantar pelajar cemerlang ke
universiti-universiti awam tempatan kerana mereka yang dihantar ke luar
negara tidak boleh menyerlahkan potensi sepenuhnya.
"Apabila mereka dihantar ke universiti biasa (luar negara), keupayaan
untuk menyumbang terhad. Mereka mungkin berfikir dua kali untuk
bercakap dengan orang putih dengan akhirnya, mereka sekadar berbincang
sesama sendiri (rakyat Malaysia).
"Jika mereka ditempatkan di universiti tempatan, mereka boleh
membantu dalam memperkaya sistem pendidikan ke arah yang lebih baik,
yang lebih tinggi," kata Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan