KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga kru kapal
nelayan diculik di perairan Pulau Pom-Pom berhampiran Semporna, Sabah,
pagi tadi dipercayai didalangi kumpulan Kidnap For Ransom (KFR).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semua
mangsa yang diculik disahkan bukan warga Malaysia, namun memegang status
pemastautin tetap negara ini.
"Walaupun kita melakukan pemantauan rapi, tapi kumpulan penculik ini bergerak di bawah radar sehingga sukar dikesan.
"Saya sudah berhubung dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai
Timur Sabah (ESSCOM), malah Ketua Polis Negara juga sudah berhubung
dengan rakan sejawatnya di Filipina bagi menyiasat perkara ini,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan
Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Dewan Tun Abdul Razak Menara
Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan