Koh Jun Lin
LIHAT VIDEO DI SINI
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu seteru politiknya diakui
memperlihatkan jiwa besar, hatta oleh pemimpin kanan BN sendiri seperti
Datuk Seri Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, dakwa timbalan perdana menteri, ia adalah tindakan politik terdesak dan mempunyai tujuan tersirat.
“Tujuan tersirat beliau adalah bukan untuk bersetuju dengan Datuk
Seri Anwar, bukan bersetuju juga untuk berkawan sebagaimana kenyataan
beliau.
“Tetapi mempunyai tujuan politik atas keadaan yang terlalu terdesak
kerana beliau memerlukan sokongan parti-parti dalam kumpulan pembangkang
menyertai beliau,” kata Zahid.
“Atas keterdesakan itulah maka perkiraan Tun Mahathir bertumu dengan Anwar Ibrahim.
“Dan umum menganggap pertemuan itu adalah pertemuan politik yang tidak
mempunyai keikhlasan,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya
hari ini.
Semalam Dr Mahathir mengejutkan banyak pihak dengan hadir ke Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar
mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Mereka berdua sempat bertegur sapa, berbual-bual, berbalas senyuman
dan bersalaman – situasi yang tidak pernah berlaku sejak 18 tahun lalu
ketika Mahathir memecat Anwar pada 1998.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata ia permulaan ke arah “perpaduan
umat” dan pengukuhan parti-parti pembangkang sebagai persiapan untuk
pilihan raya umum ke-14.
Mahathir, kini penasihat serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU), sebelum ini bercita-cita membentuk sebuah gabungan
besar pembangkang bagi menggugat pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan