HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 September 2016

Zika dikesan boleh hidup dalam mata - Kajian

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
WASHINGTON: Virus Zika dikesan mampu hidup dalam mata, kata penyelidik, selepas melakukan uji kaji ke atas tikus yang menjelaskan mengapa sebahagian pesakit menghidap penyakit okular dan dalam sesetengah kes menjadi buta. 
 
Kajian itu, yang disiarkan dalam jurnal Cell Reports, mengkaji kes jangkitan virus Zika pada mata janin, anak tikus baru lahir dan tikus dewasa. "Penyelidikan menunjukkan mata boleh menjadi takungan bagi virus Zika. 
 
"Kita perlu mempertimbangkan sama ada penghidap Zika ada virus jangkitan pada mata dan berapa lama ia bertahan," kata profesor Sekolah Perubatan Universiti Washington, Michael Diamond, menyatakan pesakit boleh menyebarkan jangkitan menerusi air mata. 
 
Penyelidik bercadang meluaskan kajian untuk memasukkan manusia yang dijangkiti dengan virus berkenaan. Zika cuma menyebabkan gejala ringan seperti demam dan ruam bagi kebanyakan mangsa tetapi wanita hamil yang dijangkiti boleh melahirkan bayi dengan mikrosefali, iaitu otak dan kepala lebih kecil berbanding biasa. 
 
Satu pertiga bayi dijangkiti Zika dalam rahim mempunyai penyakit mata seperti bengkak saraf optik, kerosakan retina atau buta, kata penyelidik. 
 
Pada orang dewasa, Zika boleh menyebabkan konjuktiviti, juga dikenali sebagai mata merah jambu, dan dalam sesetengah kes uveitis, keadaan menyebabkan ada bahagian mata menjadi bengkak. 
 
Ia boleh membawa kepada kehilangan penglihatan kekal. Dalam mengadakan kajian, penyelidik menjangkitkan tikus di bawah kulit, sama seperti manusia digigit nyamuk. 
 
Mereka mendapati virus Zika berada dalam mata haiwan berkenaan tujuh hari kemudian. 
 
Jangkitan dalam mata bermakna tidak mustahil manusia boleh dijangkiti Zika dengan menyentuh air mata tercemar. - AFP
 
 

Tiada ulasan: