HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Oktober 2016

Selangor umum 'durian runtuh' untuk penjawat awam

ARIF ATAN
 
 
Azmin mengumumkan semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bantuan khas dua bulan gaji pada akhir tahun iniAzmin mengumumkan semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bantuan khas dua bulan gaji pada akhir tahun ini

Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bantuan khas dua bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan bajet negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

‘Durian runtuh’ kepada penjawat awam Selangor itu mencecah peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta dan bakal dinikmati pada tahun ini.

Beliau berkata, pemberian tersebut sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pembayaran sebanyak satu setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu.
Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,” jelasnya.

Sejak 2009, kerajaan Pakatan Harapan Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) telah memberikan bonus setiap tahun kepada penjawat awam negeri itu.

Jangka hayat penduduk Malaysia meningkat 74.7 tahun

 
 


Jangka hayat penduduk Malaysia meningkat kepada 74.7 tahun pada tahun ini berbanding 72.2 tahun pada tahun 2000, menurut Jabatan Perangkaan.

Pada tahun 2016, bayi lelaki yang baharu lahir boleh hidup sehingga usia 72.6 tahun manakala bayi perempuan pula 77.2 tahun.

Jangka hayat lelaki juga meningkat sebanyak 0.7 tahun daripada 71.9 tahun pada tahun 2010, sementara jangka hayat wanita pula bertambah 0.6 tahun daripada 76.6 tahun pada tempoh yang sama.

Jurang jangka hayat antara lelaki dan wanita dalam lingkungan 4.6 tahun ke 4.7 tahun dalam tempoh 2010 sehingga 2016.

Jabatan Perangkaan berkata, jangka hayat pada usia 15 tahun bagi lelaki adalah 58.4 tahun pada tahun 2016 dan bagi wanita 63.0 tahun.

Ini bermakna jika seorang lelaki itu berusia 15 tahun, ia boleh menjangkakan untuk hidup sehingga usia 73.4 tahun dan wanita pula 78 tahun.

Jurang antara jangka hayat wanita dan lelaki pada usia 15 tahun adalah 4.6 tahun.

Perbezaan jangka hayat lelaki dan wanita pada usia 15 tahun kekal baik sejak beberapa tahun dengan kira-kira 4.5 tahun dan 4.6 tahun.

Kelebihan jangka hayat pada usia 15 tahun sepanjang tempoh 2010-2016 adalah 0.6 tahun bagi lelaki dan 0.7 tahun untuk wanita.

Seorang lelaki berusia 65 tahun mempunyai jangka hayat 14.9 tahun pada 2016 dan wanita pula 16.9 tahun.

Ini bermakna seorang lelaki berumur 65 boleh mengharapkan untuk hidup sehingga usia 79.9 tahun dan wanita dijangka hidup sehingga usia tua 81.9 tahun.

Dalam tempoh 2010-2016, jurang antara jangka hayat lelaki dan perempuan pada usia 65 tahun berlegar sekitar 1.8 hingga 2.0 tahun, dengan wanita dijangka hidup lebih lama daripada lelaki secara purata pada zaman ini.

Dalam pada itu, semua kumpulan etnik mencatatkan peningkatan jangka hayat ketika lahir bagi tempoh 2010-2016.

Etnik dengan jangka hayat tertinggi di Malaysia ialah Cina dengan 77.3 tahun, diikuti oleh Bumiputera (73.6 tahun) dan India (71.8 tahun).

Jangka hayat tertinggi ialah Cina dengan 75.0 tahun (lelaki) dan 79.9 tahun (perempuan).

Jangka hayat terendah bagi kategori jantina kaum India ialah 67.8 tahun untuk lelaki dan 76.0 tahun bagi perempuan.

Kaum Cina mencatatkan kenaikan tertinggi jangka hayat sebanyak 0.6 tahun (lelaki) dan 0.8 tahun (wanita) bagi tempoh 2010-2016.

Sebaliknya, kaum India mencatatkan peningkatan yang paling rendah dalam jangka hayat dengan 0.2 tahun (lelaki) dan 0.3 tahun (wanita) bagi tempoh yang sama. - MalaysiaGazette


Asalkan pernah jadi ahli kerajaan, selamanya terikat OSA

 
 
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
 
Walaupun sudah tidak lagi menyertai kerajaan, mana-mana individu yang pernah menjadi ahli kerajaan masih terikat dengan sumpah simpan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, individu-individu berkenaan tetap tertakluk kepada akta berkenaan meskipun membuat kenyataan berkaitan hal rahsia kerajaan di dalam Dewan Rakyat yang dimaklumi mempunyai imuniti.

"Walaupun ada kekebalan ketika berucap di Dewan Rakyat, mereka masih tertakluk kepada OSA kerana mana-mana individu yang pernah menjadi bekas ahli kerajaan masih terikat dengan sumpah simpan rahsia.

"Kita boleh berbeza pandangan tetapi perkara kerahsiaan kerajaan dan prinsip tidak boleh diketepi. Ia perlu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku 'Being Abdullah Ahmad Badawi- The Authorised Biography' oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas mengenai tindakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Ahmad Hanadzlah yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.- MalaysiaGazette


KALAU DAH ENGGAN JATUHKAN NAJIB, LEBIH BAIK ISYTIHAR SAJA PAS MASUK BN?

shahbudindotcom

Jika dulu ramai yang mengatakan Allahyarham Dr Harun Din adalah halangan utama untuk mengajak Pas bekerjasama sesama parti-parti pembangkang bagi menentang UMNO dan BN, tetapi Mursyidul Amnya yang baru, Hashim Jasin ini nampaknya lebih terserlah lagi miripnya kepada Najib Razak.

Sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal atas talian, Hashim dengan tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Najib dan bertujuan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.

Katanya, Pas sebelum ini sudah membuat pebagai bentuk kerjasama bagi menukar kerajaan, namun terbukti ia tidak memberi hasil.

"Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi.

"Pas tak boleh dah bagi orang lain duduk depan, orang dok pimpin kita, kita kena jadi pemimpin, Pas kena jadi pemimpin," katanya lagi.
 
 
 
 
Ada banyak persoalan daripada kenyataan Hashim itu tapi semuanya tersimpul dan berbelit-belit. Sepatutnya sebagai Mursyidul Am Pas, beliau harus bercakap dengan lurus dan terang supaya orang lain mudah faham maksud kata-katanya.

Pertama, daripada kenyataan itu, beliau mengatakan Pas tak mahu bekerjasama dengan parti-parti lain yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib dan tidak mahu kepada penggantian perdana menteri yang baharu.

Apa yang Pas sayang sangat dengan Najib? Apakah Pas masih tidak sedar skandal kewangan yang melibatkan Najib sekarang begitu memalukan dan mencalar imej negara?

Apakah Pas merasakan skandal kewangan Najib bukan suatu dosa sehingga mahu beliau dikekalkan lagi memimpin negara ini?

Menolak penggantikan perdana menteri, secara tidak langsung bermakna Pas mahu Najib yang bukan saja terbabit dengan skandal kewangan, malah keluarganya terlibat dengan pembaziran dan kemewahan melanpau, terus dikekalkan  memimpin negara ini.

Masya Allah, apa sudah jadi dengan Pas sekarang ini? Sudah tidak kenalkah beza antara hitam dengan putih?

Ketiga, kata beliau, Pas dah cuba macam-macam, masuk BN dan bekerjasama dengan pembangkang, tapi semuanya tak berhasil.

Untuk makluman Hashim, ketika Pas masuk BN dulu, mereka bukan mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, sebaliknya kerana ingin menjadi sebahagian daripada kerajaan. 

Usaha menukar kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri ialah apabila Pas bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Soalnya, kenapa  hanya dengan dua tiga kali gagal menjatuhkan BN, Pas sudah berputus asa? Apakah Islam mengajar umatnya mudah kecewa dan bersikap lara? 

Keempat, Hashim juga mengatakan Pas kali ini ingin ke depan dan menjadi pemimpin. Tidak mahu lagi duduk di belakang.

Macam mana Pas mahu ke depan dan jadi ketua dalam memimpin negara jika bersendirian dan hanya  bersama Ikatan yang ahlinya mungkin ada beberapa ratus orang saja?

UMNO sendiri tidak mungkin jadi kerajaan jika bersendirian kerana Malaysia adalah negara majmuk dan berbilang kaum. Kuasa mesti dikongsi dan diperolehi secara berpakat-pakat.

Di Kelantan dah Terengganu, bolehlah Pas bergerak sendirian. Tetapi adakah kemenangan di Selangor, Perak, Johor dan lain-lain negeri diperolehi Pas tanpa bantuan pihak lain?

Senang cakap, daripada kenyataan Hashim yang berbelit-belit itu, ia sebenarnya hanya  menyerlahkan satu perkara iaitu Pas lebih ingin membantu Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri daripada menjatuhkannya.

Pas tanpa berselindung menunjukkan keinginannya hanya untuk menyelamatkan kedudukan Najib daripada bersama-sama menyelamatkan negara ini.

Tetapi, kenapa takut untuk mengumumkannya secara  terbuka dan terang-terangan atau isytiharkan saja Pas masuk BN? 

Apa yang Pas dapat daripada sikapnya seperti sekarang? 


IMDB TERNYATA LEBIH KEBAL BERBANDING IMUNITI AHLI2 PARLIMEN

shahbudindotcom

Petang ini bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu.

Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA kerana mendedahkan perkara-perkara berkaitan 1MDB yang didakwa pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Muhyiddin dan Shafie, sebelumnya turut dipecat daripada kabinet dan UMNO kerana lantang mengkritik dan mempertikaikan  perjalanan serta hutang syarikat pelaburan kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib Razak itu.

Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pula dipenjarakan dibawah Sosma selepas membuat laporan ke beberapa negara, juga mengenai 1MDB setelah laporan-laporan yang mereka buat di negara sendiri tidak menghasilkan apa-apa tindakan.

Sebelum itu, beberapa perkara turut berlaku seperti pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, pertukaran dan kacau-ganggu terhadap pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta beberapa insiden lain yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semuanya hanya kerana 1MDB dan mahu menyucikan syarikat pelaburan tersebut.

Dilihat daripada apa yang berlaku kepada tiga bekas menteri yang disiasat di bawah OSA,  tidak dinafikan bahawa 1MDB akan terus  merupakan sebuah "entiti yang hebat dan tidak boleh ditegur". 

Sesiapa saja yang menegur dan mengkritiknya, bersedialah menghadapi bahayanya, manakala yang sanggup mempertahan dan membelanya, melimpahlah pula ganjaran dan anugerah yang akan diterima.

1MDB bukan saja terlihat tidak lut daripada segala undang-undang yang ada, malah ia lebih kebal berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen ketika berucap di Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, kita biasa mendengar apabila Ahli Parlimen menyentuh sesuatu yang sensitif ketika berucap di Parlimen, mereka selalunya akan dicabar supaya mengulanginya di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Tetapi kali ini, tanpa sesiapa mencabar ketiga-tiga bekas menteri itu mengulanginya di luar Parlimen, sebaliknya hanya berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kemudian disusuli dengan laporan polis oleh dua NGO pendedak, mereka terus disiasat dan diambil keterangan. 

Ia secara langsung dan tidak langsung menunjukkan 1MDB lebih gagah dan perkasa berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen.

Dalam hal ini, seorang peguam berpengalaman dan bekas menteri, Zaid Ibrahim menyatakan, menyentuh sesuatu perkara  secara umum tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mendedahkan rahsia kerajaan atau melanggar sumpah kerahsiaan, kecuali mendedahkan butiran minit mesyuarat kabinet secara khusus.

Jika diteliti ucapan perbahasan Muhyiddin, Shafie mahupun Husni, di mana dalam ucapan mereka terdapat hal-hal berkaitan minit mesyuarat kabinet yang didedahkan?

Jika seseorang bekas menteri yang bercakap secara umum mahu ditafsirkan sebagai melanggar sumpah rahsia, di zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu selepas pemilihan 1987 di mana ramai antaranya memilih untuk berbalah dan menyerangnya, termasuk menyentuh berkaitan berbagai syarikat kerajaan, mereka ketika itu tentunya lebih dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.

Namun, pernah kita mendengar sesuatu tindakan diambil oleh Tun Mahathir kepada bekas-bekas menteri yang menentangnya?

Di sebalik ramai yang telah dan sedang diambil tindakan kerana menyentuh perkara berkaitan 1MDB, Jho Low yang sekarang entah di dunia mana sedang berhiburnya, tetap merupakan orang yang paling bertuah sekali di era Najib ini.

Beliau pasti akan tersenyum dan ketawa  menyaksikan satu demi satu insiden yang berlaku ini, meskipun segala-galanya berpunca daripada caturan yang dilakukannya.


Timb speaker tolak usul halang IGP siasat Husni .

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee enggan membuat sebarang ketetapan bagi menghalang polis menyoal siasat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan.

Menurut Lim Guan Eng (DAP - Bagan) Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "melanggar kemuliaan parlimen" dengan menyiasat bekas menteri kewangan kedua itu.

Kata Lim seseorang anggota parlimen memiliki kekebalan atas ucapan yang dibuatnya di parlimen.
Justeru kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang speaker mesti membuat ketetapan menghalang polis menyiasat Ahmad Husni.

Ronald bagaimanapun berkata siasatan dijalankan kerana ada tiga laporan polis dibuat mengenai isu berkenaan dan beliau tidak akan mencampurinya.

"Jika ada laporan polis, polis bertanggungjawab untuk menyiasat.

"Kekebalan parlimen tidak bersifat mutlak, ia tertakluk kepada Akta Hasutan," katanya.

Di sebalik gesaan Lim dan bapanya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) untuk speaker melindungi hak anggota parlimen Ronald tetap dengan keputusannya tidak membuat sebarang ketetapan.

Ahmad Husni dijadual memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman tengah hari ini berhubung ucapan perbahasannya yang menyentuh 1MDB di Dewan Rakyat minggu lalu.

Bicara pertama kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

MALAYSIAKINI

Perbicaraan melibatkan bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei, yang didakwa membantu transaksi haram melibatkan 1MDB, bermula hari ini.

Perbicaraan itu berlangsung dalam keadaan mahkamah padat dan pendakwa berkata mahu memanggil sembilan orang saksi, lapor Straits Times.

“(Ini) kes pengubahan wang haram paling rumit, canggih dan terbesar yang dikendalikan oleh CAD (bahagian hal ehwal komersial polis Singapura),” kata timbalan pendakwa raya (DPP) Tan Kiat Phen.

Tan berkata Yeo diwawancara oleh CAD pada Oktober 2015 dan ditangkap pada 17 Mac 2016.
Dua lagi bekas rakan sekerja Yeo – Yak Yew Chee and Yvonne Seah – juga berdepan pendakwaan jenayah.

Mereka didakwa atas salah laku terlibat dalam pemindahan wang kepada pelanggan-pelanggannya, termasuk hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Teak Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Praperbicaraan untuk mereka berdua dijadual pada 24 November.

Seorang lagi pegawai bank Kelvin Ang, yang dilapor menjadi remisier untuk Maybank Kim Eng Securities, juga didakwa membayar penganalisis kajian untuk menghasilkan laporan penilaian yang memihak dalam sesetengah aset 1MDB.

Prosiding praperbicaraan untuk Ang ditetapkan pada 17 November.



Khairuddin mahu temui Dr M untuk minta maaf

Koh Jun Lin


Bekas anggota parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata beliau akan memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meninggalkan parti itu.

Khairuddin berkata beliau tidak menyangka tindakannya tiga hari lalu menyebabkan kekecohan dan mendedahkan parti itu dengan serangan.

Justeru itu beliau akan bertemu pengerusi BERSATU itu di Putrajaya hari ini untuk meminta maaf.

"Saya hanya ahli biasa parti BERSATU, jadi apabila saya mengambil suatu keputusan untuk keluar parti, saya rasa tiada impak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Katanya, adalah malang apabila beliau dilihat rapat dengan mahathir dan mendakwa dirinya tiada beza dengan individu yang berjuang bersama-sama bekas perdana menteri itu.

Khairuddin berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberikan sokongan kepada bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dijadual dipanggil untuk disoal siasat hari ini.

Khairuddin menambah beliau mahu menumpukan isu perundangan yang dihadapinya di mahkamah dan ia menjadi sebab beliau enggan menyertai BEERSATU pada mulanya walaupun memainkan peranan penting dalam mengasaskan parti tersebut.

"Saya nak tumpu pada bidang perundangan. Saya nak selesaikan semua masalah-masalah yang saya hadapi di mahkamah sekarang ini.

"Tetapi apabila didesak oleh kawan-kawan, rakan seperjuangan, dan sebagainya, saya cuba masuk (BERSATU).

"Bila saya masuk ke dalam parti BERSATU sebagai ahli parti, saya terperangkap kerana saya berjalan ke seluruh pelusuk tanah air hampir setiap hari atas urusan ceramah, kempen dan sebagainya.

"Jadi saya tak ada masa. Kalau saya tak keluar (parti), selagi itulah saya dijemput untuk berceramah dan sebagainya," kata Khairuddin



Sultan Nazrin harap Pak Lah jadi 'abang tua', bukan pemerhati

MALAYSIAKINI

Meskipun sudah bersara dari mentadbir negara, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berharap agar Tun Abdullah Ahmad Badawi terus berperanan sebagai "abang tua".

"Mengisi hari-hari persaraannya, Tun Abdullah telah memilih untuk lebih menjadi pemerhati politik.

"Rakyat menghormati pilihan Tun, namun rakyat tetap tidak putus meletakkan harapan untuk Tun terus berperanan sebagai 'abang tua' yang tetap memberikan nasihat dan bimbingan, agar yang bengkok dapat diluruskan, yang keruh dapat dijernihkan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku Being Abdullah Ahmad Badawi - The Authorised Biography, hari ini di Kuala Lumpur.

Selain itu, Sultan Nazrin juga turut bertitah kelangsungan dan kejayaan sesebuah negara bergantung terhadap sejauh mana pemimpinnya berintegriti, jujur dan memiliki nilai moral yang tinggi.

Titah baginda, isu berkenaan amat dekat dan sentiasa dinilai masyarakat, termasuk menerusi sikap rakyat Amerika Syarikat (AS) kini yang mengutamakan nilai integriti pada pemimpin menjelang pilihan raya presiden negara itu.

"Kita akan terus berada dalam keadaan yang baik selagi ada insan berintegriti dalam kalangan kita, berbanding mereka yang tidak memiliki insan seperti itu.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta penulis buku berkenaan, Datuk Wong Sulong.

Buku itu antara lain memuatkan latar belakang dan sejarah perjalanan hidup Abdullah, terutama liku perjuangannya dalam politik dan pentadbiran negara.

Tak Keluar! Kami Hormat Dewan', sindir ADUN BN Selangor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Semua 12 ADUN Barisan Nasional (BN) Selangor mempamerkan plakad bertulis “Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat” pada persidangan DUN Selangor hari ini.
 
Mereka mempamerkan plakad itu selepas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.
 
Perbuatan tersebut mengundang tawa dalam kalangan ADUN yang berada dalam dewan termasuk Azmin.
 
Tindakan ADUN BN itu dilihat seolah-olah 'menyindir' ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertindak mempamerkan plakad serta keluar dari Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas.
 
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa membentangkan Bajet Selangor 2017 berjumlah RM3.45 bilion iaitu RM1.65 bilion atau 47.8% diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2% bagi perbelanjaan pembangunan.
 
 

RON95, RON97, diesel naik 15 sen

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 November ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

"Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.90 seliter," katanya kepada Bernama, malam ini.

Harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75)

Beza PERKASA, BERSATU macam bumi dengan langit

Alyaa Alhadjri


LIHAT VIDEO DI SINI

Pada pandangan Datuk Ibrahim Ali, pertubuhan PERKASA yang diterajuinya kini menjadi rebutan sesetengah parti politik namun ia bukan sesuatu yang dialu-alukan.

Sebaliknya kata Ibrahim keadaan itu merumitkan perjuangan yang digalasnya demi bangsa, agama dan negara.

Pada masa sama kata bekas anggota parlimen Pasir Mas itu, PERKASA akan dimusuhi jika tidak memberikan sokongan kepada parti politik tersebut.

Mengulas mengenai laporan mendakwa PERKASA dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempunyai persamaan matlamat, Ibrahim berkata realitinya tidak begitu walaupun secara kebetulan ada sedikit persamaan pada nama.

Untuk makluman nama penuh organisasi diketuai Ibrahim ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa.

Mengulas laporan Malaysiakini semalam Ibrahim menafikan PERKASA mempunyai matlamat sama dengan BERSATU.

"Kenyataan itu memberi kesan yang amat tak baik, amat mengelirukan," katanya pada sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam seorang sumber memberitahu Malaysiakini tidak timbul isu Ibrahim enggan menyertai BERSATU kerana kedua-dua pertubuhan berkenaan didakwa "mempunyai matlamat yang sama."

Seorang pengasas BERSATU yang enggan namanya dipetik berkata, isu penglibatan bekas anggota parlimen Pasir Mas itu bersama parti berkenaan juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

"Ibrahim dengan cara dan gerakannya sendiri dan kita pun begitu juga.

"Soal dia tolak atau kami tidak menawarkannya (masuk menyertai parti) tidak timbul. Namun ramai antara kita mempunyai matlamat sama.

"Jadi lebih baik kita fokus kepada matlamat untuk menyelamatkan Malaysia," katanya mengulas laporan pojok Awang Selamat disiarkan akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Ibrahim orang yang mengeluarkan kenyataan itu sepatutnya tidak takut untuk membenarkan namanya dipetik kerana ia tidak membabitkan isu besar seperti skandal wang ringgit.

Menafikan kenyataan itu Ibrahim berkata PERKASA adalah entiti yang berlainan dan membawa perjuangan yang sudah diketahui ramai.

"Memang awalnya saya jangka BERSATU seakan-akan PERKASA, cuma (bezanya) mereka parti politik (manakala) PERKASA sebuah pertubuhan bukan kerjaaan.

"Bagaimanapun apabila BERSATU ditubuhkan dan awal-awal lagi isytihar sokong DAP, maka sekali gus PERKASA dan BERSATU berbeza bagai bumi dengan langit," katanya.

Pendirian itu kata Ibrahim menunjukkan BERSATU menyokong segala dasar reformasi yang diperjuangkan Pakatan Harapan.

Katanya ada banyak perbezaan perjuangan antara kedua-dua pertubuhan berkenaan.

"Mereka memperjuangkan need based policy dan kesamarataan dalam perkara yang kita tahu masyarakat pribumi banyak ketinggalan.

"Contohnya mengenai pembahagian ekonomi, isu agama, pluralisme," katanya.

Bajet Selangor hanya 'wayang kulit'- ADUN BN

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan pembentangan Bajet 2017 oleh Menteri Besarnya Datuk Seri Azmin Ali hanyalah 'wayang kulit' politik dan tidak mencerminkan situasi sebenar negeri berkenaan.
 
Menurut ADUN Semenyih Datuk Johan Aziz, bajet kali ini hanya nampak gah di atas kertas namun hakikatnya tidak langsung memberikan apa-apa kebaikan kepada rakyat.
  
"Nampak cantik di atas kertas. Kita hendak tengok hasilnya. Saya bagi contoh ADUN Sekinchan menegur pentadbiran Dewan Negeri bahawa pelaksanaan bantuan untuk perkahwinan di negeri Selangor, sudah dihantar borang sampai pemohon itu mengandung pun masih tidak dapat duit berkenaan. 
 
"Saya nampak Bajet ini bajet wayang kulit sahaja. Tunjuk defisit lepas itu jadi bajet seimbang. Ini semua wayang kulit sahaja," katanya di lobi DUN hari ini.
 
Malah menurut Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, bajet kali ini disifatkan sebagai retorik politik Azmin dalam menarik minat rakyat Selangor terhadap kepimpinan beliau.
 
Ujarnya, pembentangan bajet tersebut hanya mengulangi apa yang dilakukan pada bajet terdahulu dan telahpun dilakukan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.
 
"Tidak ada benda baru yang saya lihat yang dapat diutarakan untuk menangani isu rumah-rumah pangsa selain daripada meniru apa yang kerajaan Pusat buat. Begitu juga dengan isu air. 
 
"Tahun lepas Azmin cerita pasal RM700 juta untuk buat loji air baru, masalah dia sama. Tahun ini cakap lagi perkara sama. Jadi bila habis bercakap pasal isu ini?" soal ADUN Batang Kali itu.
 
Ujarnya pentadbiran Azmin banyak mempermainkan rakyat dengan menabur janji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat namun hakikatnya kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah tertentu antaranya isu air, perumahan dan kos sara hidup rakyat Selangor.
 
Bajet bagi tahun 2017 di Selangor dijangka berdepan defisit sebanyak RM900 juta, dimana jumlah tertinggi dalam tempoh sembilan tahun sejak PKR mengambil alih pada tahun 2008.
 
Menurut Azmin, peningkatan defisit itu berpunca daripada peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan yang berkualiti untuk rakyat.
 
 

Siasat dakwaan George Soros taja Bersih, portal berita, kata Zahid

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic


KUALA LUMPUR: Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan 'siapa' dibiayai dan 'kenapa.' Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

“Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu,” katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk 'Being Abdullah Badawi', di sini hari ini.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

“Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagai mana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan akan menelitik kebocoran maklumat yang menunjukkan campur tangan Soros dalam Bersih sebelum membuat tindakan selanjutnya.

"Kita sedang meneliti secara terperinci. Pertamanya kesahihan berita yang disebarkan yang dinyatakan oleh Wikileaks mengesahkan perkara itu berlaku.

"Keduanya kita akan melihat dari sudut undang-undang sama ada perkara itu melanggar mana-mana undang-undang dalam negara. Sekiranya perkara itu bersabit dengan undang-undang, kita akan ambil tindakan selanjutnya," kata Ahli Parlimen Ketereh di lobi parlimen hari ini.

Ahad, 30 Oktober 2016

Ke mana Pas selepas dibohongi umpan perpaduan ‘Melayu-Islam’ Umno?

 HAFIZ ZAINUDIN
 
 
Hadi dan Umno, siapa tipu siapa?Hadi dan Umno, siapa tipu siapa?


Cita-cita peribadi dan misi jemaah adalah sesuatu yang jauh berbeza. Lebih-lebih lagi bila sudah wujud konsensus bersama yang dinamai tahaluf siyasi dalam sesebuah gerakan siasah.

Situasi ini dapat dilihat apabila Pas ‘tercicir’ dari bahtera Pakatan Rakyat sekaligus menguburkan agenda yang disetujui bersama sebelum ini.

PAS makin tertekan bila kegelojohan cita-cita peribadi ‘hudud’ atau setidak-tidaknya sekarang, RUU355 telah dipergunakan Umno untuk kepentingan politik mereka.

Persoalan mula timbul. Adakah Presiden PAS tidak fikir panjang sebelum kemukakan usul itu atau sememangnya ia adalah rancangan bersama apabila beliau, senang dilihat mesra dan baik dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Ada pihak mengatakan hubungan Hadi dan Najib itu demi ‘perpaduan Melayu dan Islam’. Namun, realiti politik tidak memberi ruang untuk itu berlaku memandangkan Umno yang menjadi nakhoda BN terbukti gagal melaksanakan dasar-dasar adil khususnya dasar-dasar ekonomi mapan yang akhirnya memangsakan golongan pekerja dan miskin – yang kebanyakannya juga ‘Melayu Islam’.

Akhirnya, usul RUU355 yang pada mulanya diletak sebagai usul perbahasan nombor empat kini sudah semakin terkebawah. Pimpinan dan ahli PAS yang riuh bertakbir gembira pada ketika ia dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat kini pun sudah ada yang berasa curiga.

PAS terus menerima tamparan memalukan apabila Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin menyatakan bahawa perbahasan RUU355 tertakluk pada kerajaan sama ada mendahulukannya atau tidak. Dalam erti kata lain, hanya kerajaan sahaja yang berkuasa menentukannya.

Malah, jika diluluskan sekalipun dalam perbahasan Parlimen sesi ini, RUU tersebut perlu melalui beberapa lagi sekatan termasuk sebelum perbahasan mengenainya diteruskan.

Kini, Pas semakin terhimpit dalam permainan Umno yang mengatasnamakan ‘Perpaduan Melayu dan Islam’ yang sebenarnya sangat abstrak dan longgar. Mengapa terlalu mudah Pas termakan umpan Umno?

Sepanjang polemik ‘hudud’ dan RUU355 ini, kita telah melihat banyak korban besar berlaku. Anasir pro-Umno di dalam Pas yang senyap-senyap berkempen bahawa ’pendekatan melalui Pakatan Rakyat merugikan PAS’ sebelum ini, sudah memecahkan gerakan Islam tersebut dan merugikan tahaluf siyasi dalam PR yang amat digeruni BN.

Polemik ini juga telah memberi mudarat kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam akibat gejala takfiri dan label melabel oleh pemimpin akar umbi PAS terhadap mereka yang tidak meyokong RUU355 tersebut.

Sedang PAS semakin terhimpit dalam ruang lingkup hitam putih dan Umno. Gemblengan baharu oposisi melalui Pakatan Harapan semakin utuh dan berkesan dengan prinsip wahdatul fiqh wahdatul ‘amal (kesatuan fikrah dan kesatuan amal) untuk Malaysia yang lebih baik.

Hanya masa yang menentukan halatuju PAS selepas ini. Mungkin inilah yang dipanggil orang, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran, kena tipu sampai ke sudah. –Roketkini.com

Imam, pelajar hafiz kunjungi PM, tetapi...

MALAYSIA DATELINE


Gambar pelajar tahfiz di pejabat NajibGambar pelajar tahfiz di pejabat Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan shukur di atas kunjungan para imam dan pelajar tahfiz ke pejabatnya semalam, namun blogger mengucapkan 'kesihan' kepadanya.

Twitter yang dibuat Najib ekoran kunjungan imam dan pelajar tahfiz ke pejabatnya.Twitter yang dibuat Najib ekoran kunjungan imam dan pelajar tahfiz ke pejabatnya."Alhamdulillah gembira terima kunjungan imam2 & para pelajar tahfiz. Moga mereka terus diberkati dlm usaha memartabatkan Islam, Insya Allah," tulis Najib melalui Twitternya.

Namun begitu, blogger Shahbudin Husein mempunyai sisi yang berlainan dari twitter Najib itu.

Bahkan Shahbudin mengungkitkan perkataan "Alahai kesiannya" kepada Najib kerana terpaksa membuat perkara yang tidak lojik sebegitu kerana mahu tunjukkan sokongan kepadanya ketika beliau dan kerajaan pimpinannya dilanda skandal.

"Hehehe...mereka menyokong Najib rupanya!! Hahaha...yang memuji Bajet 2017 pun ada juga!!

"Siapa agaknya yang menyediakan plakad-plakad yang mereka pegang itu?" soal Shahbudin dalam blognya.

Beliau bertanya, "Para imam dan pelajar tahfiz berkenaan yang menyediakannya atau mereka hanya disuruh memegangnya saja untuk tujuan diambil gambar?

"Lihat pula wajah-mereka? Kenapa masam air muka dan macam terpaksa saja?

"Alahai, kesiannya...konon inilah bukti Najib masih popular dan disukai," tulis beliau.

Antara pelajar hafiz yang dikatakan memberi sokongan kepada Najib tetapi kenapa masam sangat, senyumlah sikit.Antara pelajar hafiz yang dikatakan memberi sokongan kepada Najib tetapi kenapa masam sangat, senyumlah sikit.

Pemuda Amanah hairan Khairy setuju dengan Kumpulan Baju Merah

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Sany Hamzan hairan dengan sikap tidak konsisten Khairy terhadap perhimpunan amanSany Hamzan hairan dengan sikap tidak konsisten Khairy terhadap perhimpunan aman

Pemuda Amanah Nasional mengutuk penahanan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ketika mengedarkan risalah di Sabah semalam.

Ketua Pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan menyifatkan penahanan itu sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat yang telah muak dengan percubaan tindakan pihak-pihak berkepentingan memanipulasi proses pilihan raya untuk mengekalkan kepimpinan rasuah.

"Pelaku samseng baju merah yang memukul peserta Bersih seperti yang viral di media-media sosial baru-baru ini masih tiada berita sama ada bebas atau telah dihadapkan ke mahkamah. Hal ini sepatutnya diutamakan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenayatan hari ini.

Dalam pada itu, Pemuda Amanah hairan terhadap sikap menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin yang juga pemuda Umno yang seolah-olah membenarkan tindakan biadab kumpulan Baju Merah.

"Dengan segala kekasaran yang dilakukan kumpulan samseng Baju Merah, Pemuda Amanah berasa hairan bagaimana Khairy boleh membenarkan anggota Umno menyertai kumpulan baju merah.

"Jelas beliau tidak konsisten dan bersetuju dengan tingkah biadab kumpulan baju merah," tegasnya.

Semalam, Khairy seperti dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka jika terdapat pemuda Umno yang menyertai perhimpunan kumpulan Baju Merah asalkan mereka tidak membuat hura-hara atau merosakkan harta benda awam.

Dalam masa yang sama beliau menggesa pihak polis menutup semula laluan ke Dataran Merdeka bagi menyekat kehadiran peserta Bersih pada 19 November ini.

Mengulas kenyataan tersebut, Sany menuntut pihak berkuasa lebih adil dalam menangani perkara ini bagi memastikan proses demokrasi dapat dilaksanakan.

"Kami menuntut agar pihak berkuasa lebih adil dalam menangani mood perubahan rakyat. Keselamatan rakyat dalam memperjuangkan proses pilihan raya yang adil dan bersih jauh lebih penting daripada tangkapan-tangkapan politik sebegini," katanya.

KENAPA PERLU TERLONCAT GEMBIRA, KHAIRUDDIN BUKANNYA MASUK UMNO PUN?

shahbudindotcom

Apabila Khairuddin Abu Hassan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang dikenali mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad mengambil keputusan keluar dari PPBM atas alasan untuk memberi tumpuan kepada beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya, ada pemimpin UMNO yang tiba-tiba terloncat kegembiraan.

Mereka terus membuat kesimpulan bahawa PPBM tiada masa depan, sedang berpecah dan sebagai tanda hilang keyakinan terhadap parti itu.

Tidakkah UMNO sedar mereka sudah kehilangan bekas Presiden, bekas Timbalan Presiden, bekas Naib Presiden, bekas Pengerusi Perhubungan Kedah serta ratusan ribu ahlinya sejak PPBM ditubuhkan?

Lagi pun, Khairuddin hanya keluar PPBM untuk menumpukan kes-kes mahkamahnya tanpa mahu dikaitkan dengan parti itu dan tidak sama sekali beralih arah untuk menyertai UMNO.

Malah, Khairuddin tetap kekal dengan perjuangan untuk menyingkirkan Najib Razak yang dianggapnya sebagai Perdana Menteri paling korup yang  sedang memimpin sebuah kerajaan yang kleptokrasi di negara ini.

Selain itu, beliau juga berikrar untuk terus menyumbang ke arah mengukuhkan PPBM untuk menambah keahlian serta sebagai wadah perjuangan untuk menggantikan UMNO dan BN.

Jadi, di mana untungnya UMNO dengan keluarnya Khairuddin daripada PPBM itu? Di mana tanda-tanda PPBM sedang berpecah?

Untuk seterusnya, bacalah kenyataan penuh Khairuddin mengenai tindakannya itu seperti di bawah ini:-


PARTI BERSATU TETAP KUAT TANPA SAYA!! TIADA SIAPA BOLEH PISAHKAN SAYA DENGAN YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KECUALI ALLAH SWT!!

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetap kuat dan utuh tanpa saya!! Saya hanya ahli biasa yang amat kerdil!!  Walaupun saya meninggalkan Bersatu untuk tumpu agenda jatuhkan Najib Tun Razak melalui saluran undang-undang; parti Bersatu tetap popular!!

Generasi muda dan rakyat atas pagar tetap memilih parti Bersatu sebagai platform baru perjuangan lawan perdana menteri paling korup serta kerajaan kleptokrasi!!

Pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang UMNO jangan cuba alih perhatian dan laksanakan propaganda kononnya penarikan diri saya menunjukkan Bersatu bakal hancur!!

Siapalah saya ini yang nak boleh mengakibatkan parti Bersatu gagal?! Saya keluar dari parti Bersatu tidak meninggalkan sebarang kesan atau impak langsung!! Ini adalah kerana saya bukan tokoh pemimpin parti Bersatu!! Saya hanya ahli biasa!!

Dalam apa kapasiti dan di mana saya berada setakat ini; secara jujur dan ikhlas saya merayu serta memohon kepada keseluruhan rakyat jelata untuk sokong parti Bersatu!!

Insya-Allah parti Bersatu bakal bawa satu dimensi perubahan politik secara total di tanahair kita kearah untuk Selamatkan Malaysia!!

Saya akan tetap berkempen untuk menambah keahlian parti Bersatu!! Saya juga akan tetap membantu parti Bersatu dari luar demi wadah perjuangan untuk tumbangkan lanun bugis @ Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional!! Saya tidak akan tinggal parti Bersatu secara total pada hakikatnya!!

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad adalah segala-galanya bagi saya!! Tiada siapa yang boleh pisahkan saya dengan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad kecuali Allah swt!!

Selagi hayat dikandung badan; maka selagi itulah saya akan memperhambakan diri untuk YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Berita saya keluar dari parti Bersatu menjadi viral oleh puak-puak bangang UMNO kerana mereka amat takut dengan kebangkitan Bersatu!!

Insya-Allah dari luar saya akan tetap main peranan untuk mengukuhkan parti Bersatu agar ia akan menjadi sebuah parti yang paling dihormati dalam lanskap politik tanahair kita!!

DATO SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Oct 2016.
 
 
 

Lapor polis salah laku pemimpin negara kalau betul patriotik

MALAYSIA DATELINE
 
 
Wan Anwar Wan Ibrahim menyelar jaringan Melayu Malaysia kerana tidak sensitif terhadap isu melibatkan 1MDBWan Anwar Wan Ibrahim menyelar jaringan Melayu Malaysia kerana tidak sensitif terhadap isu melibatkan 1MDB


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) didakwa tidak sensitif terhadap perkembangan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila membuat laporan polis terhadap pemberi maklumat berkaitan skandal melibatkan wang negara.

Timbalan pengerusi Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Kanun) Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, JJM seharusnya menyatakan pendirian terhadap dakwaan dan bukti penyelewengan wang rakyat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis terhadap individu yang dikatakan mendedahkan rahsia kerajaan.

Sambil tidak menafikan bahawa semua orang berhak untuk membuat laporan polis atas pelbagai isu, beliau bagaimanapun berkata, JMM harus juga menggesa pihak polis menyiasat Malaysian Official One (MO1).

"Saya selar JMM kerana tidak sensitif dengan perkembangan-perkembangan yang melibatkan 1MDB termasuk laporan daripada The Sarawak Reports, tindakan yang diambil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain seperti di Singapura dan Switzerland dan juga titah Majlis Raja-Raja sebelum ini terhadap tragedi negara tersebut.

"Kalau betul JMM patriotik dan fikirkan masalah rakyat, JMM patut buat laporan polis dan desak PDRM untuk siasat dan dedahkan identiti MO1 dan juga Peguam Negara atau SPRM untuk dakwa MO1," katanya kepada Malaysia Dateline.

Jumaat lalu, JMM membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan berkaitan 1MDB dan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurut Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah, orang-orang seperti Muhyiddin dan juga Datuk Seri Husni Hanadzlah seharusnya dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low juga dilaporkan menyebut bahawa pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah atau penipuan yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi perlu diberikan perlindungan.

"Maka OSA sendiri seharusnya ada pengecualian terhadap mereka yang memberikan maklumat berkenaan rasuah dan salah guna walaupun yang berkaitan dengan maklumat dan dokumen yang telah diklasifikasikan," jelasnya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata, Muhyiddin dan Husni mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen.

Wan Anwar juga berkata, sudah sampai masanya satu akta yang menjamin hak rakyat terhadap maklumat digubal dan diwujudkan Akta Hak Terhadap Maklumat (RTI) 2005 seperti di India supaya rakyat diberikan lebih akses untuk mengetahui bagaimana kerajaan yang dipilih mengurus dan mentadbir urusan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan mengambil keterangan Muhyiddin, Husni dan Datuk Shafie Apdal.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1MDB.

Kematian Sukri Saad bawa mesej agar rakyat selamatkan negara

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara


Allahyarham Sukri Saad, pemuda yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup yang ditanggungnya merupakan sebahagian daripada mangsa kebinasaan politik dan urus tadbir negara.

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid berkata, kematian Sukri mengingatkan rakyat agar menyelamatkan negara daripada pemerintahan yang korup.

"Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6 bilion dan skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas.

"Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, biarlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, selamatkan negara," katanya.

Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, walaupun kematian Sukri tidak banyak mendapat liputan namun tujuan perbuatannya melalui nota panjang di Facebook merumuskan bahawa dia bahawa dia kecewa dengan sistem yang menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus bermewah-mewah mengunakan harta awam.

"Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak.

"Nabi s.a.w pernah bersabda:

" ....sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman.." katanya.

Beliau juga merujuk kisah Tariq Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia kerana membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan.

"Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan Arab Spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wiranya," katanya.

Menurutnya juga, Sami Mahayana Buddhist, Thích Quang Duck membakar dirinya di simpang Saigon, Vietnam kerana menentang kezaliman dan penindasan regim.

"Para pengkaji menamakan bunuh diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar," katanya.

Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.

“Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.

“Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu,” ujar Sukri dalam status Facebooknya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

“Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

“Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim,” kata peniaga itu lagi.

Belanjawan Selangor tak sebesar pusat, tapi impak besar

OLEH NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Walaupun belanjawan keseluruhan Kerajaan Negeri Selangor tidak sebesar belanjawan Kerajaan Persekutuan, namun setiap program dijalankan mampu memberi impak tinggi terhadap rakyat negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri berjaya memastikan setiap sen wang dibelanjakan tidak membazir malah diguna dengan berhemah.

“Saya berharap rakyat dapat lihat walaupun Kerajaan Negeri mempunyai bajet yang lebih kecil daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kita menggunakan setiap sen untuk manfaat rakyat dan tidak dibazirkan.

“Kalau nak dibandingkan Belanjawan Selangor dengan Belanjawan Persekutuan, belanjawan kita kecil tetapi beri impak besar,” kata Iskandar ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah berleluasa dalam sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi antara punca utama menyebabkan perbelanjaan sesebuah kerajaan menjadi tinggi tetapi hanya memberi manfaat kecil kepada rakyat.

Katanya, hal ini dapat dilihat apabila dana kerajaan dibiayai rakyat dibiarkan mengalir masuk ke poket kroni tertentu sekaligus merugikan negara.-nR-


Perkhidmatan ETS Ipoh-Kampar masih tergendala

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
IPOH: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Ipoh ke Kampar di Stesen KTM Ipoh masih belum beroperasi setakat pagi tadi. 
 
Memetik laporan BH Online, stesen berkenaan sepatutnya beroperasi seawal perjalanan pertama jam 5 pagi tadi, masih tergendala susulan kejadian kereta api kargo tergelincir di Kampung Bakap, Batu Gajah sejak Jumaat lalu.
 
Penumpang ke arah selatan masih perlu menaiki bas transit dari stesen itu ke Kampar. 
 
Papan tanda di stesen KTM Ipoh memaklumkan perjalanan tren masih tergendala dan KTMB memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan dialami. 
 
Difahamkan, setakat ini hanya perkhidmatan ETS bagi laluan Ipoh ke utara dibuka kepada penumpang berikutan perjalanan berkenaan tidak membabitkan kawasan insiden. 
 
Semalam, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Nawawi Ahmad, berkata kerja-kerja pengalihan gerabak yang tergelincir dan terbalik sudah lebih 70 peratus siap dilakukan setakat 5 petang. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu, kereta api kargo dengan dua lokomotif dan 40 gerabak tergelincir serta terbalik di Kampung Bakap, menyebabkan ribuan penumpang ETS terjejas akibat laluan terpaksa ditutup.
 
 

KFA tawar RM25k kepada pemain jika kalahkan Selangor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini. 
 
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008. 
 
"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam tadi. 
 
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan hingga mara ke final Piala Malaysia.
 
Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951. 
 
"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari itu, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan. 
 
"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah.
 
 

Amaran angin kencang dan laut bergelora

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang timur-timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Labuan dan Sabah, bermula esok hingga Sabtu depan. 
 
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini, menyebut keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. 
 
Bagi tempoh sama, amaran angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan turut dikeluarkan dengan jangkaan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di perairan Phuket, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Sulu, Labuan dan Reef South. 
 
Sementara itu, Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan serta Sandakan, Sabah yang dijangka berterusan hingga lewat pagi hari ini. 
 
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil.
 
 

HSA: Hospital medan ATM dijangka dibuka esok

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Hospital medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perkarangan bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dijangka dibuka esok bermula 8 pagi.
 
Kerja pemasangan hospital itu masih giat dijalankan dan apabila dibuka ia akan beroperasi 24 jam untuk tempoh dua minggu dengan memberi tumpuan kepada kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera. 
 
Hospital medan itu mampu memberi perkhidmatan rawatan kepada kira-kira 60 hingga 70 pesakit serta melakukan lima hingga enam pembedahan setiap hari. 
 
Kemudahan itu terdiri daripada lima unit Modul Hospital Hadapan ATM yang akan dibentuk menjadi satu dewan bedah berukuran 244 meter persegi. 
 
Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Abd Razak Md Yusuff dalam sidang media semalam memaklumkan, ATM tidak mempunyai masalah melanjutkan tempoh penempatan hospital medan tersebut, bergantung kepada keperluan HSA.
 
ATM, katanya, juga akan menempatkan 20 hingga 30 anggota dan pegawai bagi membantu doktor HSA mengendalikan kemudahan hospital medan itu dari segi penyelenggaraan dan keselamatan. 
 
"Kami diminta Kementerian Kesihatan membantu operasi di HSA setelah bilik bedah dan unit kecemasannya ditutup sementara dengan menyediakan fasiliti dewan bedah dan unit sokongan bagi kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera dan pembedahan resusitasi. 
 
"ATM akan bekerjasama dengan tenaga pakar HSA bagi menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya membabitkan tugasan merawat serta membedah pesakit," katanya. 
 
Dalam kejadian pukul 9 pagi Selasa lalu, unit rawatan rapi (ICU) zon selatan di tingkat dua bangunan induk HSA terbakar dan mengorbankan enam pesakit, selain tiga kakitangan HSA cedera akibat terhidu asap tebal. 
 
Ia mengakibatkan penutupan sementara secara berperingkat bangunan induk HSA bagi memberi ruang kerja penilaian tahap keselamatan, pendawaian, kajian struktur bangunan dan hal-hal berkaitan yang dijangka mengambil masa dua hingga empat minggu. - BERNAMA
 
 

Pantun ‘dedak’ PM terima respon Sasterawan Negara

OLEH NAEEM RAFFI


SHAH ALAM : Pantun dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ketika pembentangan Belanjawan 2017 di laman twitternya menerima respon daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Magisnya, perkataan ‘dedak’ menjadi pilihan Najib memulakan rangkap pertama pantunnya itu.

“Dedak bukan, umpan pun bukan; BR1M yang iklas satu pemberian; Keperluan rakyat kita dahulukan, Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan,” kata Najib.

pantun

Selang beberapa jam hari sama, Pak Samad mengarang pantunnya dilaman sosial sama yang dilihat seakan menjawab pantun Menteri Kewangan itu.

“Masuk ke hutan, muncul di rimba; Selam ditasik, timbul di laut; Bajet umpama simbahan gula; Yang heboh beri, yang senyap kaut,” kata Pak Samad.-nR-

Gagal kawal harga rumah, Putrajaya ‘kambing hitamkan’ Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan diingatkan untuk tidak mencari ‘kambing hitam’ bagi menutup kegagalan sistem perumahan Pusat yang disifatkan gagal dan ketinggalan berbanding di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Putrajaya cuba menyalahkan pentadbiran negeri susulan peningkatan harga rumah di Malaysia.

“Harga rumah di Kuala Lumpur dan Johor adalah tinggi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor di atas kenaikan harga rumah di Malaysia adalah seperti untuk melarikan diri dari tanggungjawab.
iskandar01
“Kerajaan Persekutuan tidak perlulah mencari kambing hitam (scapegoat) setelah gagal menstabilkan harga rumah.

“Hakikatnya rakyat Selangor berpeluang membeli rumah mampu milik atau Rumah Selangorku di antara RM42,000 ribu hingga RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pelaksanaan dasar perumahan Kerajaan Negeri tanpa memberi subsidi menjadi punca peningkatan kadar harga rumah di pasaran.

Noh mendakwa, Kerajaan Negeri hanya melaksanakan dasar dengan menetapkan kepada pemaju bahawa 30 peratus daripada kawasan dimajukan perlu dibina rumah mampu milik.

Membidas dakwaan tersebut Iskandar berkata, pemaju kini memberi tumpuan untuk meneruskan projek pembinaan Rumah Selangorku susulan pendekatan bersistematik yang dilaksanakan diperingkatan negeri.

selangorku rumah

Beliau berkata, ini termasuklah pelbagai insentif diwujudkan pentadbiran Selangor memastikan golongan sasar layak memiliki kediaman sendiri, berbanding harga rumah mampu milik Persekutuan.

“Sebarang dakwaan bahawa program-program kerajaan Persekutuan seperti MyHome dan MyDeposit dapat menurunkan harga rumah belum dapat dibuktikan kerana harga rumah masih pada tahap yang sama selepas pelaksanaan program-program itu.

“Sebaliknya, lebih 70,000 orang mendaftar untuk membeli Rumah Selangorku. Ini bermakna Kerajaan Selangor mendahului Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menetapkan harga Rumah Selangorku dijual pada kadar RM250,000 jauh lebih rendah berbanding harga maksima dibenarkan Kerajaan Persekutuan untuk rumah mampu milik iaitu RM300,000.-nR-
 

Exco: Isu politik, sekat proses kelulusan tanah

OLEH ERMIZI MUHAMAD


ean-5a


HULU SELANGOR : Proses kelulusan tanah penduduk kampung baru yang tergendala di seluruh negeri didakwa berpunca daripada amalan politik pihak tidak bertangunggjawab.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, amalan sedemikian wujud sebelum pentadbiran Pakatan memegang tampuk pemerintahan negeri.

“Kita mengambil maklum, isu ini sudah terlalu lama apatah lagi penduduk sudah menetap di perkampungan ini sejak kampung baru mula ditubuhkan lagi.

“Namun, kerana isu politik yang wujud sebelum 2008, termasuklah isu kampung tradisi, perkara ini menjadi senjata politik pihak tertentu.

“Tetapi atas komitmen peduli rakyat, Kerajaan Negeri menukar dasar terdahulu dan membentuk sebuah pentadbiran adil demi memastikan semua kampung terlibat dapat proses kelulusan itu,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Notis 5A, kepada 25 orang penduduk Kampung Baru Chuang, Rasa di sini pagi ini.

Dalam perkembangan itu, Kerajaan Negeri sebelum ini komited memastikan isu pembangunan dan penempatan penduduk diselesaikan selepas pertikaian mengenainya gagal dibuat sebelum 2008 lagi.

Kini, isu pemilikan tanah giat diluluskan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah melibatkan seluruh daerah di Selangor selepas pentadbiran Pakatan mentadbir Selangor.

Proses tersebut dilakukan secara berperingkat dan terdapat beberapa kawasan telah diselesaikan antaranya membabitkan sebahagian kawasan di Batu Arang, Kundang dan Sungai Serai.

Menyambut baik perkara tersebut, penerima notis 5A, Lee Chee Wai, 70 inisiatif diwujudkan ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu rakyat selepas menunggu hampir 40 tahun bagi mendapat milikan tanah sepenuhnya.

“Saya tinggal di kampung ini sejak 40 tahun dan akhirnya penantian kami berakhir apabila permohonan kami akhirnya diluluskan di bawah pentadbiran kerajaan sekarang,” katanya.

Bagi Liew Ah Hoy, 67 pemberian notis 5A berkenaan membantu golongan kurang berkemampuan memiliki tanah sendiri.

“Permohonan telah dibuat sebelum 2008 lagi ketika generasi pertama masih ada di kampung ini. Tetapi kami bernasib baik apabila kerajaan (Kerajaan Negeri) sekarang ini lebih prihatin dan beri kelulusan kepada kami,” katanya. -nR

Sabtu, 29 Oktober 2016

DAHULU DAN SEKARANG MEMANG JAUH BERBEZA!!

shahbudindotcom


Dalam satu posting di blognya yang ternampak sedikit emosi yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Najib Razak berkata, perjuangan dahulu dan sekarang adalah berbeza.

Katanya, perjuangan dahulu ialah memperjuangkan kemerdekaan, manakala sekarang pula membangunkan negara.
 
 
 
 
Memang tidak dinafikan bahawa banyak bezanya antara Tun Mahathir dahulu dengan Najib yang ada sekarang.

Ini adalah antara perjuangan dahulu yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir:-

1. Putrajaya
2. PLUS Highway
3. Besraya Highway
4. NKVE Highway
5. KESAS Highway
6. Besarkan Seremban KL Highway
7. 2nd Link
8. KLIA
9. Jambatan Pulau Pinang
10. Litar Sepang
11. Kompleks Sukan Bukit Jalil
12. Putra LRT
13. Star LRT
14. Komuter
15. Monorel
16. ERL
17. Pembesaran Pasir Gudang Port
18. West Port
19. Tanjung Pelepas Port
20. Smart Tunel
21. KL Tower
22. Daya Bumi
23. Perodua
24. Modenas
25. Proton
26. Masjid Wilayah
27. Masjid Putra
28. UTP
29. UIA
30. UUM
31. MMU
32. Cyberjaya
33. KLCC
34. Langkawi
35. Puluhan Masjid2 baru
36. Ratusan Surau2 baru
37. Hospital2 baru
38. Puluhan Sekolah2 baru
39. Puluhan Balai Polis baru
40. Puluhan bangunan Kuaters Guru baru
41. Puluhan bangunan Kuaters baru utk kakitangan kerajaan.
42. PICC
43. Ratusan lagi pembangunan di seluruh negara.

Sekarang:-

1. 1MDB
2. RM2,600 juta dalam akaun peribadi

Apa bezanya?

Dua yang ada sekarang saja sudah cukup untuk menenggelamkan semua yang dahulu.

MCA bimbang pihak berkuasa Islam campur tangan hal ehwal bukan Islam

MALAYSIAKINI


Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah 'bodoh' untuk menamakan burger daging babi itu sebagai 'P Ramly' namun menyatakan kebimbangan mengenai campur tangan pihak berkuasa agama Islam dalam hal ehwal bukan Islam.

Kebimbangan tersebut disuarakan selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata akan menyiasat perkara itu atas alasan nama Melayu yang digunakan boleh 'mengelirukan umat Islam'.

"Kami terkejut apabila Jais dan JHEAINS mendakwa bahawa undang-undang memberikan mereka kuasa yang sama seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menguatkuasakan undang-undang perihal dagangan mana-mana premis iaitu serbuan ke atas mana-mana premis.

"Bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri adalah terhad kepada orang Islam sahaja dan tidak boleh campur tangan dalam hak-hak Perlembagaan serta amalan orang bukan Islam," ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Ti menambah, beliau bimbang penglibatan Jais dan JHEANS boleh membawa kepada berulangnya kejadian pada 2014 ketika Jais menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible dalam bahasa Melayu dan Iban.

Dalam kejadian burger daging babi, jelas Ti, tindakan sedemikian adalah tidak sensitif tetapi menyatakan bahawa pihak berkenaan telah meminta maaf dan mengumumkan penukaran nama.

Najib ambil kesempatan perebutan kuasa AS-China disebalik skandal 1MDB?

Alyaa Azhar


Tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bakal memulakan lawatan rasmi ke China pada Isnin ini, kita mungkin tertanya-tanya sama ada beliau mengambil kesempatan daripada perebutan kuasa antara Amerika Syarikat (AS) dan China di rantau ini untuk menangani masalah di negara sendiri.

Najib sebelum ini memupuk hubungan baik dengan AS dilihat melalui pelbagai mesyuarat dua hala dan status Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai 'teman bermain golf'.

Bagaimanapun, Najib kini dilihat condong kepada China, lebih-lebih lagi selepas Jabatan Keadilan (DOJ) AS menyaman untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion nilai aset dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Julai yang lalu.

Projek utama seperti Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan kontraktor projek utamanya China Communications Construction Company (CCCC) serta penglibatan beberapa syarikat Cina lain dalam urusniaga 1MDB adalah contoh yang jelas, antaranya.

Dan minggu lalu sahaja, Parlimen telah meluluskan rang undang-undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dilihat oleh banyak pihak sebagai buah fikiran dalam menangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik AS (TPPA).

Jadi, apakah lawatan kerja Najib ke China adalah tindakan mengimbangi antara hubungan Malaysia dengan kedua-duanya Amerika Syarikat dan China? Apakah ia telah berubah arah dengan condong kepada China semata-mata?

Penganalisis Pertahanan, Lam Choong Wah tidak fikir Malaysia akan bergantung kepada China seratus peratus disebabkan rasa tidak percaya antara kedua-dua dalam beberapa isu, antaranya pertikaian Kepulauan Spratly.

Dan Malaysia dan China adalah dua negara yang berbeza dari segi ideologi dan politik, katanya.
Bagaimanapun, Lam, yang felo kanan Research for Social Advancement (Refsa) merujuk kepada keadaan semasa Malaysia yang kekurangan dana.

"Oleh itu, beliau (Najib) memerlukan projek-projek besar. Projek seperti ini tidak dapat disediakan oleh Amerika Syarikat dan hanya boleh dilakukan oleh China.

"Sebab itu Najib berkunjung ke China untuk melobi lebih banyak pelaburan untuk Malaysia," kata Lam kepada Malaysiakini.

Walaupun begitu, Lam tidak melihat perkembangan ini sebagai petanda Malaysia untuk meninggalkan sekutu barat tradisionalnya itu.



Peluru berpandu dilancar ke arah Mekah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat.
 
Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.
 
Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut.
 
Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.
 
“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut.
 
Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.
 
Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
 
Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.
 
Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.
 
Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah