HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Oktober 2016

Pegawai SPRM pukul isteri ditahan polis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai mendera isterinya, ditahan polis di Batu Berendam, Melaka, malam tadi.
 
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira 8 malam itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pada Sabtu, untuk permohonan reman.
 
Suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat itu juga didapati tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar tahun lepas, kata beliau dalam satu kenyataan.
 
Terdahulu, beliau berkata, dua laporan polis dibuat dan dua kertas siasatan dibuka, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
 
Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes itu turut disiasat mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
 
Baru-baru ini, akaun laman sosial Facebook menggunakan nama Shahilda Fadhil memuat naik status kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya dan mendakwa suaminya yang juga seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadap dirinya. 
 
Status itu mendapat perhatian netizen yang marah dengan kelakuan melampau yang didakwa dilakukan oleh suami wanita terbabit.
 
 

Tiada ulasan: