KOTA BHARU - Masyarakat diingatkan supaya tidak mempersendakan hukum
hakam dengan mengelirukan umat Islam sehingga menampakkan benda yang
haram itu sebagai halal.
Teguran dibuat Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berikutan isu sebuah restoran makanan segera yang menggunakan nama ‘P Ramly’ untuk produk burger daging babi sehingga didakwa menimbulkan kekeliruan pelanggan Islam.
Mohamad Shukri berkata, masyarakat perlu bertanggungjawab dalam bab hukum hakam terutama melibatkan sensitiviti umat Islam.
“Masyarakat tidak boleh mempersenda atau mempermainkan hal-hal melibatkan hukum.
“Jangan jadikan ia sebagai gurauan. Bergurau ada batasnya, bila di luar sempadan, ia sudah melampau,” katanya kepada media selepas merasmikan program Merakyatkan Seni Budaya Adat 2016 ‘Tradisi Berkhatam al- Quran’ di sini, semalam.
Burger daging babi yang dijual dengan harga RM9.90 oleh restoran di Damansara itu turut dianggap ‘tidak menghormati’ seniman terkenal tanah air, Tan Sri P Ramlee apabila menggunakan nama yang sama walaupun ejaan berbeza.
Dalam pada itu, mengulas mengenai program berkenaan, Mohamad Shukri berkata, ia pendekatan yang baik sebagai makanan rohani peserta dan perlu mendapat sokongan semua pihak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan