SHAH ALAM: Semua 12 ADUN Barisan Nasional (BN) Selangor mempamerkan
plakad bertulis “Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat” pada
persidangan DUN Selangor hari ini.
Mereka mempamerkan plakad itu selepas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.
Perbuatan tersebut mengundang tawa dalam kalangan ADUN yang berada dalam dewan termasuk Azmin.
Tindakan ADUN BN itu dilihat seolah-olah 'menyindir' ahli Parlimen
Pakatan Harapan yang bertindak mempamerkan plakad serta keluar dari
Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa membentangkan Bajet Selangor
2017 berjumlah RM3.45 bilion iaitu RM1.65 bilion atau 47.8%
diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2%
bagi perbelanjaan pembangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan