HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Oktober 2016

Polis cari anggota SPRM dipercayai ugut isteri dengan parang

MALAYSIA GAZETTE


Salah satu gambar isteri kepada anggota SPRM yang didakwa didera oleh penjawat awam tersebut yang viral di media sosial.
Salah satu gambar isteri kepada anggota SPRM yang didakwa didera oleh penjawat awam tersebut yang viral di media sosial. 
 
 
Polis Johor sedang mengesan seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai memukul dan mengugut isterinya dengan parang.

Ini berikutan dua laporan polis berhubung kes itu, yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata dua kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa, mengikut laporan BERNAMA.

Viral di media sosial kisah luahan hati dan laporan polis isteri saspek yang dikatakan didera teruk termasuk dihenyak perut semasa berpantang, dihempas kepala dengan komputer riba serta menghina keluarganya.

Isteri saspek juga dikatakan menerima rawatan ekoran seks ganas saspek.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: