Alyaa Azhar
Tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bakal memulakan
lawatan rasmi ke China pada Isnin ini, kita mungkin tertanya-tanya sama
ada beliau mengambil kesempatan daripada perebutan kuasa antara Amerika
Syarikat (AS) dan China di rantau ini untuk menangani masalah di negara
sendiri.
Najib sebelum ini memupuk hubungan baik dengan AS dilihat melalui
pelbagai mesyuarat dua hala dan status Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama sebagai 'teman bermain golf'.
Bagaimanapun, Najib kini dilihat condong kepada China, lebih-lebih
lagi selepas Jabatan Keadilan (DOJ) AS menyaman untuk mendapatkan semula
lebih AS$1 bilion nilai aset dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd
(1MDB) pada Julai yang lalu.
Projek utama seperti Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan
kontraktor projek utamanya China Communications Construction Company
(CCCC) serta penglibatan beberapa syarikat Cina lain dalam urusniaga
1MDB adalah contoh yang jelas, antaranya.
Dan minggu lalu sahaja, Parlimen telah meluluskan rang undang-undang
Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dilihat oleh banyak pihak
sebagai buah fikiran dalam menangani Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik AS (TPPA).
Jadi, apakah lawatan kerja Najib ke China adalah tindakan mengimbangi
antara hubungan Malaysia dengan kedua-duanya Amerika Syarikat dan
China? Apakah ia telah berubah arah dengan condong kepada China
semata-mata?
Penganalisis Pertahanan, Lam Choong Wah tidak fikir Malaysia akan
bergantung kepada China seratus peratus disebabkan rasa tidak percaya
antara kedua-dua dalam beberapa isu, antaranya pertikaian Kepulauan
Spratly.
Dan Malaysia dan China adalah dua negara yang berbeza dari segi ideologi dan politik, katanya.
Bagaimanapun, Lam, yang felo kanan Research for Social Advancement
(Refsa) merujuk kepada keadaan semasa Malaysia yang kekurangan dana.
"Oleh itu, beliau (Najib) memerlukan projek-projek besar. Projek
seperti ini tidak dapat disediakan oleh Amerika Syarikat dan hanya boleh
dilakukan oleh China.
"Sebab itu Najib berkunjung ke China untuk melobi lebih banyak pelaburan untuk Malaysia," kata Lam kepada Malaysiakini.
Walaupun begitu, Lam tidak melihat perkembangan ini sebagai petanda Malaysia untuk meninggalkan sekutu barat tradisionalnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan