HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Oktober 2016

Maria Chin dibebaskan dengan jaminan polis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang ditahan kerana mengedarkan risalah di Langkon, sudah dibebaskan dengan ikat jamin. 
 
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Fadiah Nadwa Fikri yang dipetik FMT berkata, Maria dibebaskan dengan jaminan sehingga diberitahu kelak.
 
Menurutnya, Maria dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah 
 
Terdahulu awal hari ini Maria ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kota Marudu ekoran mengedarkan risalah BERSIH.
  
Beliau ke Sabah bagi menjayakan konvoi BERSIH 5 untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunan jalanan itu pada 19 November depan di Kuala Lumpur.
 
 

Tiada ulasan: