OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Walaupun belanjawan keseluruhan Kerajaan Negeri
Selangor tidak sebesar belanjawan Kerajaan Persekutuan, namun setiap
program dijalankan mampu memberi impak tinggi terhadap rakyat negeri
itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’
Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri berjaya memastikan setiap
sen wang dibelanjakan tidak membazir malah diguna dengan berhemah.
“Saya berharap rakyat dapat lihat walaupun Kerajaan Negeri mempunyai
bajet yang lebih kecil daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kita
menggunakan setiap sen untuk manfaat rakyat dan tidak dibazirkan.
“Kalau nak dibandingkan Belanjawan Selangor dengan Belanjawan
Persekutuan, belanjawan kita kecil tetapi beri impak besar,” kata
Iskandar ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah berleluasa dalam
sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi antara
punca utama menyebabkan perbelanjaan sesebuah kerajaan menjadi tinggi
tetapi hanya memberi manfaat kecil kepada rakyat.
Katanya, hal ini dapat dilihat apabila dana kerajaan dibiayai rakyat
dibiarkan mengalir masuk ke poket kroni tertentu sekaligus merugikan
negara.-nR-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan