Bernama
Satu usul dijangka dikemukakan untuk menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dari sidang Parlimen kerana didakwa "menghina" Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Satu usul untuk menggantung Lip Eng selama enam bulan, muncul sebagai item kedua dalam Kertas Perintah hari ini.
Usul itu dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said.
Perbahasan ucapan Bajet 2017 akan terus hari ini tetapi Azalina diberi kuasa untuk meminta usul menggantung Lip Eng diberi keutamaan. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan keajaan sedang mempertimbangkan membawa satu usul dalam tempoh terdekat berhubung tindakan Lip Eng yang didakwa tidak menghormati Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ia melaporkan Azalina (foto) sebagai berkata meskipun boleh berbeza pendapat dan pandangan, anggota Dewan Rakyat perlu menghormati kedudukan Speaker dan Parlimen.
"Lebih memalukan apabila Yang Berhormat Segambut yang berkelulusan undang-undang gagal memahami Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat apabila mempersoalkan pelantikan seorang Speaker.
"Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah memilih Pandikar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 57 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kelmarin, Lim (foto) mendakwa Pandikar mengarahkan beliau keluar daripada Kamar Khas yang bersidang, sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Lim mendakwa Pandikar memberi 'syarahan' mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum mereka saling menjerkah antara satu sama lain dan Lim diarah keluar daripada sidang itu.
Azalina berkata tindakan Lim itu tidak profesional dan beremosi, sekali gus merugikan rakyat Segambut yang memilih beliau sebagai anggota Parlimen kawasan berkenaan.
"Selama tiga penggal menjadi anggota Parlimen, ini kali pertama saya menyaksikan seorang anggota Parlimen berkelakuan seperti itu, dan tidak menggambarkan peribadi seorang anggota Parlimen yang matang," katanya.
Beliau berkata penghinaan terhadap Speaker yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan bermaksud penghinaan kepada Dewan Rakyat, yang sekali gus mencemarkan nama baik dan prestij dewan yang mulia.
Azalina berkata beliau amat terkejut dengan tindakan dan perlakuan Lim terhadap Pandikar pada sesi Kamar Khas kelmarin.
"Sikap pembangkang yang mementingkan diri semakin terserlah apabila sering kali bertindak membelakangkan Peraturan Mesyuarat Dewan yang telah ditetapkan," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan