HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Oktober 2016

Kes rasuah Sabah: Jurutera dibebas, ikat jamin RM200,000

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Jurutera sebuah jabatan kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 tanpa deposit dengan 2 penjamin.
 
Majistret Faelly Jeffrey Lanjugan membuat keputusan membebaskan jurutera berusia 59 tahun berkenaan selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan di sini hari ini.
 
Suspek berkenaan merupakan seorang daripada 19 pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan SPRM pada 19 Oktober melalui Ops Water II agensi itu di seluruh daerah di Sabah.
 
Pada 4 Oktober, SPRM melancarkan Ops Water Fasa I dan menahan 4 pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di sini, termasuk pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.
 
Ekoran penahanan 4 suspek berkenaan, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta tidak termasuk 127 geran tanah dan barangan kemas.
 
Bagaimanapun keempat-empat suspek berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan 2 penjamin.
 
Ops Water Fasa II dilancarkan selepas SPRM mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan berkenaan hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu.
 
 

Tiada ulasan: