HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Oktober 2016

Tangkap MO1 - pelajar UKM terima surat perbicaraan

MALAYSIAKINI


Selepas empat pelajar Universiti Malaya diberi surat perbicaraan oleh pihak pengurusan universiti kerana terbabit dalam perhimpunan ‘Tangkap Malaysian Official 1i pada Ogos lalu, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini berdepan tindakan sama.

Asheeq Ali, mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga presiden Student Unity Front (SUF) telah dipanggil oleh pihak pengurusan UKM dan akan menghadapi tindakan disiplin.

Menurut Setiausaha SUF, Chong Kar Yan berkata tarikh siasatan belum ditetapkan tetapi dipercayai pada pertengahan November.

"Asheeq Ali adalah pelajar pertama di UKM menghadapi tindakan disiplin. Kita akan mulakan kempen rayuan dan meminta pihak berkuasa UKM untuk mengugurkannya (tuduhan).

"Kita juga akan mendapatkan bantuan undang-undang untuk melihat sama ada kita boleh sekat pihak
pengurusan dariapada bertindak ke atasnya," kata Chong kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut surat itu, Asheeq didakwa melanggar dua peraturan universiti, iaitu mencemarkan reputasi dan kepentingan universiti di dalam atau di luar kampus, dan mencabar peraturan bertulis.

Tiada ulasan: