GEORGE TOWN: Kira-kira 1000 orang pemuda yang memakai baju hitam tertera perkataan ‘Pemuda Bangkit’ berkumpul di Pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang, tengah hari tadi.
Berdasarkan laporan yang dipetik dari Utusan Online, kumpulan tersebut mula memenuhi kawasan itu kira-kira pukul 2 petang tadi selepas berarak dari beberapa lokasi di negeri ini termasuk dari Seberai Perai.
Dikatakan, tujuan mereka berhimpun hari ini adalah sebagai tanda membantah penganjuran Bersih 5.0 dan pada masa yang sama mendesak Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletakkan jawatan kerana terlibat dengan rasuah.
Turut difahamkan, ini adalah kali kedua kumpulan ‘Pemuda Bangkit’ berkenaan yang turut disertai Pemuda UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di negeri ini bagi membantah penganjuran Bersih 5.0 dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Awal bulan lalu, kumpulan sama yang memakai baju berwarna merah turut mengadakan perhimpunan sama di Persiaran Gurney, Pulau Pinang melibatkan seramai 3,000 anak muda dari negeri-negeri di sekitar Utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan