Ada dua perkara yang berlaku di Parlimen hari ini (Khamis):-
Pertama,
usul untuk merujuk Najib Razak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
atas dakwaan mengelirukan Parlimen berkaitan ucapan Bajet 2017 yang
dibentangkannya di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Usul
yang dikemukakan oleh seorang wakil DAP itu mendakwa beberapa
pengumuman yang dibaca oleh Najib dalam ucapan bajetnya tidak terdapat
atau berbeza dengan apa yang terkandung dalam dokumen belanjawan.
Perbuatan
itu dianggap cuba mengelirukan dewan kerana fakta yang sah ialah apa
yang terkandung dalam dokumen belanjawan, bukan ucapan belanjawan oleh
Najib
DAP
memberi contoh, Najib dalam ucapannya menyebut SKMM akan membelanjakan
RM1 bilion untuk menaik taraf liputan dan kualiti perkhidmatan jalur
lebar di seluruh negara sedangkan dalam anggaran perbelanjaan yang
diperuntukkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimeda yang menaungi
SKMM, hanya RM57.5 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan
untuk projek jalur lebar.
Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia berkata, beliau memerlukan masa untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
Ini kerana, tegasnya, kes prima facie mesti diwujudkan terlebih dahulu sebelum seseorang boleh dirujuk kepada jawatankuasa itu.
Kedua,
kenyataan Pandikar Amin yang tidak menolak kemungkinan tiga bekas
menteri yang menyentuh isu berkaitan 1MDB dalam ucapan membahaskan Bajet
2017 iaitu Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah, telah
melanggar sumpah kerahsiaan sebagai anggota kabinet.
Kata
beliau, ketiga-tiga mereka telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia
sewaktu menjadi menteri sebelum ini dan tidak sewajarnya mendedahkan
sesuatu perkara berkaitan keputusan kabinet, walau di dalam Parlimen
sekali pun.
Menurutnya
lagi, jika pun sesuatu tindakan tidak diambil dalam persidangan Dewan
Rakyat, bekas-bekas menteri itu mungkin berdepan tindakan perundangan di
bawah Akta Rahsia Rasmi atau Akta Hasutan.
Kes pertama memerlukan Pandikar Amin sendiri membuat keputusan berkaitan Najib yang didakwa mengelirukan Parlimen.
Berapa lama agaknya Pandikar Amin perlukan masa untuk menyiasat?
Kes
kedua pula dibangkitkan oleh Pandikar yang menyebut kemungkinan
tindakan perundangan boleh diambil ke atas tiga bekas menteri berkenaan
kerana didakwa telah melanggar sumpah kerahsiaan.
Dalam hal ini, apa tujuan Pandikar sebagai Speaker membangkitkan mengenai tindakan perundangan itu?
Apakah
ia bertujuan agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan perundangan
terhadap Muhyiddin, Shafie dan Husni dan dengan demikian supaya Najib
tidak perlu lagi memberi apa-apa jawapan berkaitan isu-isu 1MDB dalam
penggulungan Bajet 2017 nanti?
Tetapi,
tidakkah dengan mendakwa ketiga-tiga bekas menteri itu melanggar sumpah
kerahsiaan, bermakna mereka telah memperkatakan suatu kebenaran?
Jika tidak, untuk apa mereka seolah-olah diancam dengan Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan?
Akhirnya, kes yang mana satu yang akan sangkut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan