SHAH ALAM: Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa meminta Pakatan
Harapan (PH) agar tidak perlu bimbang jika PAS enggan menyertai gabungan
itu bagi merealisasikan matlamat menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN)
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ujar ADUN Salor itu, PH tidak perlu menunggu sebuah parti yang bersikap
was-was dalam membuat keputusan, sebaliknya perlu terus mengatur
gerakan untuk membawa perubahan kepada negara.
"Tidak usah bimbang parti yang was-was.. Imam sudah rukuk (tapi) makmum
belum takbir. Imam tiada sebab menunggu makmum yang was-was.
"Sekarang kita ada Warisan (Parti Warisan Sabah), Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Amanah, PKR dan DAP.
"Dia (PAS) nak datang, (silakan) datang. Kalau dia tak nak datang tiada
masalah. Hendak buat macam mana, dia hendak duduk seorang, duduklah,"
katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amanah Terengganu,
malam kelmarin, sebagai mengulas kenyataan beberapa pimpinan PAS
bersabit kerjasama bersama Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, ujar Husam, Amanah Kelantan sedia dengan kemungkinan
persaingan tiga penjuru sekiranya kerjasama dengan pihak berkenaan tidak
menjadi kenyataan.
"Saya minta izin daripada Presiden Amanah dan Amanah Pusat awal-awal,
supaya Kelantan mesti diberikan sedikit autonomi dalam apa jua keadaan
kalau pihak satu lagi (PAS) hendakkan tiga penjuru, kita akan bertanding
tiga penjuru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan