SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk
terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau
sebaliknya.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri
belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen
itu.
"Sebarang maklum balas yang kita terima dalam isu ini kita akan
teliti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil
Konvokesyen Pengajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini,
Sabtu.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan
hati pengguna yang terpaksa menanggung caj tambahan 20 sen bagi setiap
beg plastik semasa membeli barangan.
Caj 20 sen setiap beg plastik itu berkuat kuasa 1 Januari lepas menerusi "Kempen Selangor Bebas Plastik".
Bagaimanapun, usaha yang bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran
bersih itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang tidak bersetuju
terhadap caj berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan