shahbudindotcom
Naib
Presiden Pas, Iskandar Abdul Samad yang namanya diberitakan hadir
semasa majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabtu lalu,
tetapi sebenarnya tidak hadir, akhirnya tampil memberi penjelasan
mengenai ketidakhadiran di majlis itu.
Beliau
yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, keputusan tidak
menghadiri majlis tersebut ialah kerana adanya DAP dan Amanah di majlis
tersebut.
"Pas
tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengan kedua-dua parti itu
menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak
menghadirkan diri," katanya.
Logik atau tidak alasan Iskandar itu?
Kalau
hubungan politik menjadi alasan, mengapa pula Pas boleh menghadiri
pelbagai program, sedondon dan berpimpin tangan dengan pemimpin-pemimpin
UMNO?
Di mana wujudnya hubungan politik antara UMNO dengan Pas?
Kenapa
dengan DAP dan Amanah, hubungan politik menjadi alasan, tetapi bila
dengan UMNO bukan main gembira dapat duduk bersama sambil menyatakan ia
tidak salah apa-apa?
Selain
itu, jika alasan hubungan politik juga menjadi sandaran yang
seolah-olah Pas tidak boleh berada semajlis dengan DAP dan Amanah,
bagaimana pula dengan kedudukan beliau sebagai Exco Selangor yang turut
ada DAP di dalamnya?
Bagaimana
dengan mesyuarat Exco Selangor yang ada DAP di dalamnya, adakah selama
ini beliau dan lain-lain Exco Pas tidak hadir juga?
Begitu
juga dengan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Selangor yang tuurt
dihadiri oleh Adun-Adun DAP dan Amanah, adakah pimpinan Pas tidak pernah
sama-sekali menghadirinya?
Jika hadir, apa pula alasannya?
Kiranya
tiada hubungan politik mahu dijadikan sebab, bilakah Iskandar dan
lain-lain pemimpin Pas yang menjadi Exco di Selangor mahu meletakkan
jawatan?
Bukankah terang-terang ada DAP di situ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan