MALAYSIAKINI
Restoran rangkaian makanan segera McDonald's berkata pihaknya tiada niat untuk mendiskriminasikan mana-mana pihak susulan hanya membenarkan kek diperakui halal dibawa masuk ke premis mereka.
Katanya, perkara itu digariskan bagi memastikan semua produk yang dinikmati di restoran itu adalah halal mengikut piawai Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
“Kami memohon maaf di atas segala salah faham yang timbul berikutan notis kek harijadi Halal sebelum ini.
“Sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan kepada semua lapisan rakyat Malaysia, kami tidak berniat untuk mewujudkan diskriminasi terhadap sesiapapun.
“Di McDonald’s, kami mengamalkan polisi “Tiada makanan luar dibenarkan”; walau bagaimanapun kami membuat pengecualian untuk kek harijadi memandangkan ia penting dalam meraikan sesuatu yang istimewa.
“Namun begitu, bagi mengekalkan status Halal, kami harus memastikan semua produk yang dinikmati di restoran kami adalah Halal, mengikut piawaian JAKIM,” kata Mcdonald dalam kenyataannya hari ini.
Bagaimanapun hari ini kira-kira 1,100 netizen meluahkan rasa kurang senang mereka dengan pengumuman itu.
Selain pengumuman itu turut dikongsikan sebanyak 410 kongsian. Antara rungutan pengguna Facebook adalah:
Lavan Iswaran: Hi McD, ada rancangan untuk buat sesuatu mengenai burger lembu? (agama) Hindu dan Buddha tidak makan daging lembu. (Saya) cuma cakap atau perkara ini tindakan berat sebelah?
San Jiun : Kamu tidak menjual kek dan saya tidak minta kamu makan kek jadi adakah ini akan memberi kesan pada status halal kamu? Duit saya pun ada tersentuh dengan penjual khinzir, saya rasa ia tidak akan beri kesan pada status kamu.
Sen Chen Yuan: Kenapa perlu minta maaf jika tidak ada merubah apa-apa. Saya sangat-sangat kecewa kerana saya membiarkan pihak kamu menerima duit tidak halal dari saya. Saya tidak akan lagi datang ke kedai kamu.
QuanoRaul Tkquan: Jangan marah McD lagi. Kita jangan makan (di McD) lagi, cukuplah (kerana) saya dah berhenti makan (kerana) kedai yang rasis.
Sementara itu, McDonalds dalam berterima kasih kepada seluruh rakyat di negara ini kerana memberikan pendapat mereka berhubung isu tersebut.
“Apa yang penting, kami amat menghargai keprihatinan semua pihak yang berkongsi pandangan dengan kami, dan kami akan terus membuat penambahbaikan untuk menjadikan McDonald’s sebagai restoran pilihan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan