HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Mei 2017

Azmin yakin PAS kekal sokong prinsip satu lawan satu

ANTARAPOS.COM
Post Pic


PETALING JAYA: Meskipun Muktamar PAS meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap percaya akan mendokong prinsip pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden PKR itu memberitahu, meskipun keputusan Majlis Syura PAS terhadap usul memutuskan tahaluf siyasi seperti diusulkan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda belum ditetapkan, beliau yakin perkara itu boleh diselesaikan.

Beliau yang juga menteri besar Selangor berkata, dalam apa juga keadaan, pihaknya turut memahami sensitiviti yang timbul berhubung keputusan yang dibuat, tetapi pada masa yang sama semua pihak perlu melihat gambaran yang lebih besar.

“Musuh terbesar untuk kita laksanakan pembaharuan pada PRU akan datang adalah memastikan kita (pembangkang) bekerjasama sebagai satu gabungan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional,” kata beliau dipetik BH Online.

Kata Azmin lagi, “berpandukan asas itu, kami percaya PAS turut mempunyai peranan dalam memastikan prinsip satu lawan satu akan terus dikekalkan bagi memastikan kemenangan pembangkang pada PRU kali ini.”

Muktamar PAS ke-63 yang bersidang pada hari ke-2 hari ini, sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Terdahulu beliau menghadiri Konvensyen PKR Perak 2017 di Ipoh.

Azmin turut dipetik mengakui usaha memastikan perkara itu berhasil bukanlah satu tugas mudah.

Namun kata beliau, semua pihak perlu rendah diri terbuka dalam menerima perbezaan dan menghormati pandangan pihak lain. Beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan bersama pimpinan PAS dalam suasana yang baik.

“Kita perlu duduk berbincang dan saya percaya kaedah itu sudah digunakan sejak sekian lama (dalam kalangan pembangkang). Terlalu banyak perkara dan isu yang sangat sensitif berlaku sebelum ini tertapi semuanya dapat ditangani melalui perundingan dan konsensus.

“Jadi marilah kita mulakan rundingan supaya kita dapat menyelesaikan isu berkenaan (satu lawan satu) secepat yang mungkin,” kata beliau

Tiada ulasan: