HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Mei 2017

Saya masih setia kepada PAS - Mahfuz

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menegaskan kesetiaannya kepada PAS tetap utuh dan beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
 
Justeru, bekas naib presiden PAS itu mengingatkan parti lain terutama Barisan Nasional (BN) agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya menyertai parti mereka.
 
"Saya ucapkan terima kasih atas kesediaan mereka tetapi sehingga sekarang saya belum menyertai mana-mana parti dan saya masih setia dengan ahli-ahli PAS dan PAS itu sendiri," katanya selepas majlis makan malam bersama media di sini.
 
Untuk rekod perbahasan usul-usul Muktamar kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut turut menyaksikan gesaan perwakilan agar Mahfuz meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi 'duri dalam daging' dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS.
 
Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena Wan Romani Wan Salim berkata anggota parlimen pokok sena itu tidak perlu terikat dengan sumpah bai'ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi anggota PAS.
 
Mengulas lanjut beliau menegaskan mahu ahli PAS memahami konteks bekerjasama tanpa perlu berada dalam gabungan parti.
 
"Dan saya mahukan ahli-ahli PAS untuk melihat tentang kepentingan untuk mereka walaupun pimpinan dan parti tidak bersama dengan Pakatan Harapan.
 
"Tetapi tidak salah untuk ahli walaupun tidak keluar parti tetapi ia menyokong dan mendokong Pakatan Harapan untuk menolak Umno-BN," katanya.
 
Ditanya sama ada akan menyertai parti lain jika tidak diletakkan sebagai calon, Mahfuz berkata hanya Allah yang tahu.
 
"Itu hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui, katanya.
 
Mahfuz yang merupakan YDP PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Feb hingga 30 Okt 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.
 
Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini
 
 

Tiada ulasan: