ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
seorang pengurus besar sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd
(Prasarana), iaitu projek Technical Support Rapid Cheras Selatan kerana
disyaki menyalahgunakan kedudukannya dan menerima rasuah untuk
kepentingan diri.
Dalam satu kenyataan kepada Bernama, SPRM berkata, suspek berumur 54
tahun itu ditahan bersama isterinya, 50, pada jam 6.30 petang tadi.
Melalui maklumat hasil siasatan awal, suspek disyaki menerima rasuah
bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti dan pembaikan
bas.
“Suspek yang pernah memegang jawatan ketua pegawai operasi Rapid Penang
dipercayai menerima rasuah berjumlah RM500,000 sejak 2013 menerusi
beberapa projek yang dilaksanakan atas seliaannya.
“Selain itu, wang rasuah yang diterima turut dimasukkan ke akaun milik isterinya sejak 2013,” katanya dalam kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara
20 tahun dan denda sehingga 5 kali ganda nilai suapan.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika
dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kedua-duanya akan direman
esok bagi membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan