ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Gabungan prinsip tiga serangkai iaitu
Wala'-Wasatiyyah-Tabayyun jika diamalkan akan menjelmakan satu kitaran
yang sempurna antara pemimpin dan yang dipimpin demi kelangsungan sebuah
negara bangsa yang mendambakan kemajuan serta kejayaan hakiki menurut
tafsiran agama Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wala yang membawa
maksud nilai-nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, memberi taat
dan bai ah,yang wajib diberikan kepada seseorang pemimpin yang sah dan
institusi kepemimpinan yang dijunjung itu.
"Manakala tuntutan terhadap Wala dan taat setia kepada kepimpinan
kerajaan, dalam perspektif Malaysia sejak lebih enam dekad telah
diimbangi pula dengan amalan Wasatiyyah, katanya ketika berucap pada
Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 'Fiqg Wala' dan Taat: Peranannya
Dalam Mensejahterakan Negara malam tadi.
"Di Malaysia ini, kita cukup berimbang, bersederhana, adil lagi saksama
dan tidak bersifat diktator melampau sehingga mana timbul keterlaluan
serta ketaasuban membuta tuli, yang boleh membawa kepada fahaman atau
ideologi ekstrem serta melampau," jelasnya.
Beliau berkata di beberapa pelosok dunia, orang Islam terjerumus ke
kancah salah tafsirnya konsep Jihad sebagaimana ancaman berbahaya IS dan
Daesh, sehingga sanggup bertindak di luar kepompong syura atau
demokrasi, yakni menggulingkan kerajaan yang sah lagi dipilih oleh
rakyat.
"Sebab itulah kita tidak mahu rakyat negara ini tanpa dibimbing dengan
pegangan Wala dan prinsip Wasatiyyah seperti yang digariskan oleh Islam,
tersasar atau terpesong menjadi golongan yang terlalu longgar serta
terlalu liberal, sampaikan sanggup mengamalkan budaya Machiavelli,"
katanya.
Perdana menteri berkata sebagai pemimpin dan ketua kerajaan, beliau
terbuka kepada pandangan serta menerima teguran yang membina.
"Namun, sebarang kritikan atau teguran itu sama sekali tidak wajar
disulami dengan fitnah, cacian atau tohmahan jahat yang boleh
menjatuhkan aib dan bertujuan untuk merosakkan nama baik pemimpin,"
katanya.
Ini, katanya, sejajar dengan konsep tabayyun iaitu bermaksud
menyelidiki dahulu sesuatu berita dengan teliti, sebelum mempercayai dan
membuat keputusan untuk menyebarkannya.
"Apabila setiap seorang daripada kita memahami sedalam-dalamnya prinsip
tiga serangkai iaitu Wala's-Wasatiyyah-Tabayyun, biar apapun cabaran
dan dugaan yang mendatang, sebagai ummah kita pasti akan terus teguh
berdiri mencapai tahap ummah par excellence, atau Khayra Ummah yang
disegani oleh kawan dan lawan," katanya.
Perdana Menteri berkata Wala' wajib diberikan oleh ahli-ahli parti
dalam sesuatu organisasi atau dalam perspektif lebih luas, rakyat
Malaysia keseluruhannya kepada kerajaan kerana segala usaha dan
inisiatif yang dilakukan oleh pentadbiran negara adalah demi kepentingan
dan mendahulukan rakyat.
"Ertinya jauh sekali untuk kerajaan seperti Malaysia bertindak zalim atau apa-apa yang memudaratkan rakyat dan negara, katanya.
Najib berkata kerajaan yang ada hari ini saban hari menyeru kepada yang maaruf, sekaligus berusaha mencegah yang mungkar.
"Justeru para ulama berpendapat, dalam situasi Malaysia hari ini, Wala
adalah sampai kepada tahap wajib ...diberikan kepada kerajaan Barisan
Nasional yang ditunjangi oleh UMNO. Apatah lagi, kerajaan sedia ada
telah sejak dulu dipilih melalui jalan dan sistem demokrasi yang sah,"
kata Najib.
Beliau berkata begitu banyak yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan
demi rakyat khususnya berhubung hal menangani isu kos sara hidup.
Antaranya, kerajaan telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Projek Perumahan Rakyat Termiskin,
Rumah Mampu Milik, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Perumahan
Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia,
pengangkutan awam yang moden, kepada golongan pekerja terutamanya B40
dan M40, katanya.
Berlangsung selama tiga hari bermula semalam, seminar anjuran Institut
Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang dihadiri lebih 700 peserta tempatan dan
antarabangsa itu menyaksikan tujuh sesi pembentangan melibatkan 16
kertas kerja, antaranya oleh Timbalan Syeikh Azhar, Mesir, Syeikh Prof
Dr Abbas Syuman dan Prof Dr Abdul al-Naseer Abu Al-Basal dari Universiti
Yarmouk Irbid, Jordan.
Seminar itu antara lain bertujuan menjelaskan tentang konsep Fiqh Wala
dan Taat dari perspektif Islam dan realitinya dalam konteks global dan
menyebarluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenainya dalam kalangan
masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan